Bagi anda yang merancang untuk ke luar negara dalam masa terdekat, ada satu perkara penting yang sering diabaikan iaitu mendaftar dengan sistem e Konsular.
Menerusi perkongsian oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia, rakyat Malaysia digalakkan untuk membuat pendaftaran sebelum berlepas ke luar negara sebagai langkah keselamatan tambahan.
Baca juga: Senarai Negara Paling Selamat Untuk Travel 2026 – Pilih Destinasi Betul, Baru Tenang Sepanjang Trip!
DAFTAR E KONSULAR SEBELUM PERGI LUAR NEGARA

Freepik
Sistem e-Konsular diwujudkan bagi memudahkan pihak kedutaan dan pejabat perwakilan Malaysia di seluruh dunia mengesan serta menyalurkan bantuan dengan lebih cepat sekiranya berlaku kecemasan.
Pendaftaran ini sangat penting terutamanya dalam situasi tidak dijangka seperti:
- Bencana alam
- Kemalangan
- Kehilangan dokumen
- Krisis atau konflik di negara yang dilawati
Dengan maklumat yang didaftarkan, pihak konsulat Malaysia boleh:
- Mengenal pasti lokasi anda
- Menghubungi anda dengan segera
- Memberi bantuan yang diperlukan dengan lebih pantas
Anda boleh mendaftar dengan mudah melalui:
Laman web rasmi di sini atau muat turun aplikasi e-Konsular di telefon anda.

Freepik
Walaupun nampak remeh, langkah kecil ini boleh memberi perbezaan besar dalam situasi kecemasan. Ia bukan sahaja melindungi diri sendiri, malah memudahkan pihak berkuasa membantu anda ketika berada di negara orang.
Jadi, kepada yang bakal bercuti ke luar negara, jangan lupa daftar e-Konsular terlebih dahulu. Lebih bersedia, lebih tenang sepanjang perjalanan.
Kongsikan juga info ini kepada rakan dan ahli keluarga supaya lebih ramai rakyat Malaysia cakna tentang kepentingan langkah ini.
Baca juga: Ini 5 Lapangan Terbang Paling Kecut Perut, Juruterbang Pun Tak Senang Duduk Bila Nak ‘Landing’!
Sumber: Facebook Wisma Putra
