Perkembangan semasa di beberapa negara Timur Tengah mendorong Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia, khususnya yang berada atau merancang ke rantau berkenaan.
Menurut kenyataan rasmi, perjalanan tidak penting ke tujuh negara iaitu Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu disarankan supaya ditangguhkan sehingga keadaan keselamatan kembali stabil.
Baca juga: Berita Gembira Buat Penjawat Awam, RM500 Bantuan Khas Kewangan Akan Dikreditkan Bermula 13 Mac
SENARAI TALIAN & EMEL KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI 7 NEGARA TIMUR TENGAH
Katanya, memandangkan perkembangan semasa, termasuk serangan ketenteraan terbaharu serta peningkatan langkah keselamatan di beberapa kawasan di rantau itu, penutupan ruang udara dan gangguan penerbangan telah dilaporkan di negara berkenaan.
“Rakyat Malaysia di negara berkenaan dinasihatkan supaya bersedia menghadapi kemungkinan perubahan jadual penerbangan secara mendadak, penutupan lapangan terbang, serta sekatan perjalanan.
“Pengaturan alternatif atau pelan kontingensi hendaklah dibuat dengan segera sekiranya perlu,” menurut kementerian itu dalam kenyataan pada Ahad.
Rakyat Malaysia diminta segera mendaftar dan mengemas kini butiran
Kementerian juga menggesa rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas atau berhampiran dengannya, agar:
- Sentiasa mengamalkan tahap kewaspadaan yang tinggi
- Mengelak kawasan operasi ketenteraan dan perhimpunan awam
- Mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan
Semua rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di negara berkenaan diseru untuk segera mendaftar dan mengemas kini butiran perhubungan masing-masing dengan Kedutaan Besar Malaysia atau Perwakilan Malaysia yang terdekat, atau melalui e-Konsular di https://ekonsular.kin.gov.my, bagi memudahkan penyaluran bantuan sekiranya diperlukan.
Baca juga: Kadar Fidyah 2026 Lengkap Mengikut Negeri, Ini Cara Kira Yang Betul & Link Bayar Secara ‘Online’!

Gambar Kosmo!: Tinjauan di laman trantitan.anlytic menunjukkan ruang udara di lima negara Timur Tengah lengang buat masa ini.
Sekiranya berlaku kecemasan atau memerlukan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia yang terdekat. Berikut ialah maklumat perhubungan rasmi yang boleh dihubungi:
1. Tehran, Iran
- 📞 +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606
- 📱 +98 933 535 2602 (kecemasan)
- 📧 [email protected]
2. Baghdad, Iraq
- 📱 +964 787 859 8775 (kecemasan)
- 📧 [email protected]
3. Amman, Jordan
- 📞 +962 6590 2400
- 📱 +962 78590 2400 (kecemasan)
- 📧 [email protected]
4. Kuwait City, Kuwait
- 📞 +965 2255 0394 / +965 2255 0395
- 📱 +965 9678 3036 (kecemasan)
- 📧 [email protected]
5. Doha, Qatar
- 📞 +974 4483 6463 / +974 4483 6493
- 📧 [email protected]
6. Manama, Bahrain
- 📞 +973 1756 4551
- 📱 +973 3899 0749 (kecemasan)
- 📧 [email protected]
7. Abu Dhabi, UAE
- 📞 +971 2 4482 775 / +971 2 4482 776
- 📧 [email protected]
8. Dubai, UAE (Konsulat Jeneral Malaysia)
- 📞 +971 4 3985 847
- 📱 +971 50 737 9196 (kecemasan)
- 📧 [email protected]
TALIAN & EMEL BILIK OPERASI KEMENTERIAN LUAR & BAHAGIAN KONSULAR
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Operasi Kementerian Luar di:
- 📞+603-8887 4570
- 📧[email protected]
Bahagian Konsular pula boleh dihubungi di:
- 📞 +603-8887 4597 / +603-8887 4769 / +603-8887 4264
- 📧 [email protected]
Wisma Putra memaklumkan pihaknya sedang memantau rapat perkembangan di rantau tersebut dan komited memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara.
Baca juga: Awas! MCMC Sekat Akses Grok AI, Didakwa Jana Kandungan Tak Senonoh Libatkan Wanita & Kanak-Kanak
Sumber: BERNAMA
FT Image: Gemini AI

