Bagi lepasan SPM 2025, mendapatkan senarai biasiswa yang tepat dan terkini amat penting sebagai panduan untuk merancang masa depan pendidikan.
Dengan pelbagai tajaan yang kini dibuka oleh syarikat korporat dan institusi kewangan terkemuka, peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi kini semakin luas.
Baca juga: Dari 10A Hingga 20A! Ini Senarai Pelajar SPM Cemerlang Yang Pernah ‘Menggegarkan’ Negara
SENARAI BIASISWA UNTUK LEPASAN SPM, TARIKH TUTUP APRIL INI

Freepik
Berikut merupakan senarai biasiswa yang sedang dibuka beserta syarat kelayakan minimum dan tarikh tutup permohonan.
1. PETRONAS Education Sponsorship (SPM Leavers)
Tarikh tutup: 10 April 2026
Bidang ditawarkan: Kejuruteraan, geosains, sains komputer, sains aktuari, perniagaan, perakaunan dan lain-lain
Syarat minimum:
- Program luar negara: 4A+, 4A dan CEFR (C1)
- Program tempatan: 8A dan CEFR (B1)
Biasiswa ini antara yang paling kompetitif dan membuka peluang melanjutkan pengajian di universiti terkemuka dalam dan luar negara. Mohon di sini.
2. Shell Malaysia Scholarship Programme
Tarikh tutup: 14 April 2026
Bidang ditawarkan: Kejuruteraan, sains dan bidang berkaitan perniagaan
Syarat minimum: 8A (A+/A)
Program ini memberi fokus kepada pembangunan bakat dalam industri tenaga dan korporat. Mohon di sini.
3. Khazanah Watan Scholarship Programme
Tarikh tutup: 13 April 2026
Bidang ditawarkan: Seni & kemanusiaan, kejuruteraan & teknologi, sains hayat, sains tulen, sains sosial dan pengurusan
Syarat minimum: 8A (A+/A)
Biasiswa ini lebih tertumpu kepada pengajian dalam negara dengan penekanan kepada pembangunan kepimpinan. Mohon di sini.

Freepik
4. Yayasan UEM Undergraduate Global Scholarship
Tarikh tutup: 12 April 2026
Bidang ditawarkan: Perniagaan, kejuruteraan, IT & sains komputer, kajian alam sekitar
Syarat minimum: 7A (A+/A)
Sesuai untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di peringkat global. Mohon di sini.
5. Khazanah Global Scholarship Programme
Tarikh tutup: 13 April 2026
Bidang ditawarkan: Sama seperti Khazanah Watan (pelbagai bidang utama)
Syarat minimum: 8A (A+/A)
Memberi peluang melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan terbaik dunia.
6. PNB Global Scholarship Award
Tarikh tutup: 8 April 2026
Bidang ditawarkan: Ekonomi, PPE, kewangan, data Sains, AI, teknologi, matematik, statistik dan lain-lain.
Syarat minimum: 8A (A+/A)
Fokus kepada bidang masa depan seperti teknologi dan analitik data. Mohon di sini.
7. Bank Negara Malaysia Kijang Pre-University Scholarship
Tarikh tutup: 8 April 2026
Bidang ditawarkan: Ekonomi, perakaunan & kewangan, sains aktuari, matematik, statistik, data sains, sains komputer dan undang-undang.
Syarat minimum: 8A (A+/A) dan keperluan CEFR
Antara biasiswa paling berprestij dengan laluan kerjaya yang jelas bersama Bank Negara Malaysia. Mohon di sini.
8. Hong Leong Foundation Merit Scholarship
Tempoh permohonan: 1 April – 30 Mei 2026
Keutamaan bidang: Pendidikan, keusahawanan, pembangunan komuniti serta bidang yang selari dengan keperluan bakat negara
Biasiswa ini terbuka luas termasuk bagi pelajar yang ingin mengikuti program diploma hingga ke peringkat ijazah. Mohon di sini.
Dengan pelbagai pilihan biasiswa yang ditawarkan, lepasan SPM kini mempunyai lebih banyak peluang untuk melanjutkan pengajian tanpa perlu terlalu memikirkan beban kewangan.
Namun, persaingan adalah sengit, oleh itu, pelajar disarankan untuk membuat permohonan seawal mungkin selain menyediakan dokumen lengkap serta menonjolkan pencapaian akademik dan kokurikulum dengan baik.
Baca juga: Seramai 13,779 Calon Raih Semua A Dalam SPM 2025, Gred Purata Kebangsaan Catat Peningkatan!
