Euforia Bola 2026
Didik

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2025 Dibuka, Pelajar Cemerlang Jom Rebut Peluang!

biasiswa ydpa

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong ( Biasiswa YDPA) atau dikenali sebagai King’s Scholarship bertujuan untuk menaja warganegara Malaysia yang cemerlang di dalam bidang akademik dan bukan akademik bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana dan Kedoktoran) di universiti dalam dan luar negara secara sepenuh masa.

Objektif utama program ini untuk memberi pengiktirafan kepada warga Malaysia yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang yang akan memberi manfaat kepada Negara. BYDPA merupakan program biasiswa berprestij berbanding program-program penajaan lain dengan kelebihan daripada segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti terkemuka dunia.

Baca juga: 30 Senarai Bantuan Kewangan Pendidikan Untuk Pelajar IPT, Jangan Lupa Mohon!

BIASISWA YDPA JADI IDAMAN RAMAI & BERPRESTIJ, INI SYARAT DAN CARA MOHON

biasiswa ydpa

Foto: JPA

Pemohon yang berminat dikehendaki membaca dan memahami syarat-syarat permohonan BYDPA Tahun 2025 sebelum membuat permohonan. Setiap pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja. Permohonan yang memenuhi syarat serta melepasi saringan lanjut pihak JPA sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga.

Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal untuk disenarai pendek menghadiri temu duga. Syarat-syarat permohonan BYDPA Tahun 2025 adalah seperti berikut:

SYARAT-SYARAT UMUM

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2025;

(iii) Pegawai/ Pelajar yang menghidap penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dibenarkan untuk memohon kemudahan program ini untuk pengajian dalam negara;

(iv) Permohonan untuk mengikuti pengajian ke luar negara dikehendaki bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan disahkan sihat serta berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat oleh Pegawai Perubatan. Ahli keluarga pemohon (pegawai awam sahaja) yang dibawa bersama (pengajian luar negara) juga perlu bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan. Sekiranya laporan perubatan mengesahkan pegawai atau ahli keluarga yang dibawa bersama menghidap penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan, penawaran kemudahan ini akan dibatalkan; dan

(v) Pegawai awam yang memohon BYDPA mestilah tertakluk kepada syarat-syarat umum permohonan kemudahan Cuti Belajar yang sedang berkuatkuasa.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

(i) Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:

(a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana; atau
(b) Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D;

(ii) Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2025 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 masing-masing; atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2025 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 masing-masing;

(iii) Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis;

(iv) Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:

(a) Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan;
(b) Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib (calon tiada penglibatan dianggap tidak memenuhi syarat dan tidak akan
disenarai pendek untuk temu duga).

(v) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum/ aktiviti kemasyarakatan; dan

(vi) Perlu menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang pelanjutan tempoh penajaan tidak akan dipertimbangkan kecuali di atas sebab-sebab yang dibenarkan.

Nota : Selain daripada syarat-syarat di atas, pemohon dalam kalangan penjawat awam masih tertakluk kepada syarat-syarat Cuti Belajar yang berkaitan.

BIDANG PENGAJIAN

-Sains
-Teknologi
-Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
-Ekonomi
-Undang-Undang
-Kewangan Islam
-Kecerdasan Buatan (AI)

CARA PERMOHONAN

1.Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my mulai 3 hingga 28 Februari 2025. Ruangan perakuan Ketua Jabatan dalam borang permohonan perlu dilengkapkan oleh pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.

2.Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak, ditandatangani serta dikemukakan kepada pihak JPA bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

(i) Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ph.D);
(ii) Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D);
(iii) Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti / institusi pengajian atau slip/ pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian;
(iv) Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian / pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.
(v) Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian / pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan.
(vi) Kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis kertas cadangan penyelidikan adalah seperti di Lampiran 4; dan
(vii) Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan – dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.

3.Dokumen permohonan yang lengkap seperti di atas hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 7 Mac 2025 (Jumaat) sama ada melalui serahan tangan atau melalui pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Nota: Dokumen permohonan yang lengkap daripada penjawat awam hendaklah dikemukakan oleh urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)3 setelah diperakukan oleh PPSM masing-masing. Urus setia PPSM hendaklah mengemukakan pencalonan kepada pihak JPA sebelum atau pada 7 Mac 2025.

biasiswa ydpa

Foto: Freepik

*Penerima BYDPA juga tidak terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan tetapi dikehendaki berkhidmat di Malaysia dalam sebarang sektor setelah menamatkan pengajian.

Baca juga: 10 Kerabat Diraja Yang Kahwin Dengan Rakyat Biasa, Demi Cinta Lautan Api Sanggup Diredahi!

Sumber: Harian Metro, Jabatan Perkhidmatan Awam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×