Setiap tahun, ribuan pelajar cemerlang di seluruh negara berlumba-lumba untuk merebut peluang melanjutkan pelajaran melalui pelbagai tawaran biasiswa luar negara yang disediakan oleh agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan syarikat multinasional.
Bagi lepasan SPM 2024, tahun ini menyaksikan pelbagai program tajaan dibuka dengan syarat kelayakan, bidang pengajian, dan negara penempatan yang pelbagai. Sama ada minat anda menjurus ke arah kejuruteraan, sains sosial, perbankan atau sastera, terdapat banyak pilihan yang boleh dipertimbangkan dari Jepun ke UK, dari Amerika Syarikat ke Korea.
Baca juga: “Study Lepas Tidur Lebih Ingat” – Gaya Belajar Anak Rita Rudaini Diiktiraf Pakar, Guna Teknik Jeda
8 SENARAI BIASISWA LUAR NEGARA PELAJAR LEPASAN SPM BOLEH MOHON

Foto: Freepik
Ini merupakan lapan program biasiswa paling utama dan berprestij yang dibuka untuk permohonan, termasuk syarat kelayakan, tarikh penting dan bidang pengajian yang ditawarkan.
1. PETRONAS
– 4A+ DAN 4A
– 20-30 April 2025
– Kejuruteraan, Sains Sosial dan banyak lagi
– Jepun, UK & US
2. YTP MARA
– 7A
– 28 April- 9 May 2025
– Sastera, Kejuruteraan, Sains Sosial dan banyak lagi
– UK, US, Australia, Kanada, Ireland, Netherland, New Zealand, Perancis, Jerman, Korea, Jordan, Jepun, China dan banyak lagi
3. JPA/JKPJ
– 5A+/A dan 2A- dalam Bahasa Inggeris & Sejarah
– 28 April- 11 Mei 2025
– Kejuruteraan
– Jepun, Korea, Perancis & Jerman
4. JPA Mara
– 5A+/A dan 2A- dalam Bahasa Inggeris & Sejarah
– 28 April- 11 Mei 2025
– Kejuruteraan dan Sains Sosial
– Jepun, Korea, UK, New Zealand dan banyak lagi.
5. Bank Negara Kijang Scholarship
– 8A+/A
– Tutup permohonan 5 Mei
– Ekonomi, Perbankan, Perakaunan, Undang-Undang & Sains Komputer
– UK, US dan lain-lain
6. PNB Scholarship
– 8A+/A
– 13 April- 9 Mei
– Perbankan, Business, Undang-Undang, Kejuruteraan, Sains Data
– UK, US dan lain-lain
7. Yayasan Khazanah Global
– 8A+/A
– 22 April- 6 Mei
– Sastera, Kejuruteraan, Sains Sosial, Sains
– China, UK, US dan lain-lain
8. Shell
– 8A+/A
– 24 April – 14 Mei
– Kejuruteraan, Sains, Komunikasi, Business
– UK, US dan lain-lain

Foto: Freepik
*Mungkin ada yang sudah tutup tarikh permohonan tapi boleh juga standby untuk permohonan kedua jika ada ya!
Baca juga: Ini 11 Laman Web Penting Mak Ayah & Adik Lepasan SPM WAJIB Tahu, Buat Pilihan Bijak Tau!
Sumber: Tiktok @halalkeharamjepun, Azila Mohd Kasim
