Musim perayaan Aidilfitri mesti akan berlaku kesesakan lalu lintas, khususnya apabila ramai yang mengambil peluang pulang ke kampung halaman. Namun, di sebalik cabaran ini, terselit kisah menyentuh hati apabila penunggang motosikal tampil membantu, sekali gus membuktikan nilai kemanusiaan masih utuh dalam masyarakat.
Baru-baru ini, seorang lelaki melalui detik mencemaskan apabila isterinya tiba-tiba mengalami sakit untuk bersalin sebaik sahaja mereka tiba di rumah mentua di Chembong, Rembau.
Baca juga: Ibu Terharu Terima Layanan Tip Top Di Klinik Kesihatan, Siap Cantumkan Kerusi Rotan Untuk Anak
ENAM PENUNGGANG MOTOSIKAL JADI ‘ESCORT’ BANTU WANITA NAK BERSALIN

Foto: Tiktok @syafiqmaseiana_
Menurut Muhamad Syafiq Abdullah, 25, mereka baru sahaja sampai dari Ipoh, Perak sekitar jam 8.30 malam sebelum isterinya memaklumkan tanda-tanda awal bersalin.
Tanpa berlengah, beliau segera membawa isterinya ke Hospital Tuanku Ja’afar. Namun, perjalanan yang sepatutnya lancar bertukar mencabar apabila berdepan kesesakan trafik yang teruk.
Dalam keadaan cemas, dia memandu sambil memasang lampu kecemasan dan cuba mencari ruang untuk bergerak lebih pantas, namun keadaan jalan yang padat menyukarkan usaha tersebut.
Situasi berubah apabila seorang penunggang motosikal yang menyedari keadaan mereka mula mengekori kenderaan sebelum tampil membantu membuka laluan.
Lebih mengharukan, tindakan spontan itu diikuti oleh lima lagi penunggang motosikal lain yang turut sama membantu mengiringi kenderaan mereka sepanjang perjalanan.
Dengan bantuan keenam-enam individu tersebut, perjalanan sejauh kira-kira 30 kilometer berjaya ditempuh dalam masa kurang daripada setengah jam.
Selamat Tiba, Bayi Selamat Dilahirkan…Rakyat Malaysia Masih Prihatin

Foto: Sinar Harian
Pasangan itu akhirnya selamat tiba di hospital sekitar jam 8.50 malam. Dalam keadaan tergesa-gesa, Muhamad Syafiq hanya sempat mengucapkan terima kasih kepada penunggang motosikal yang pertama membantu sebelum bergegas masuk ke bilik bersalin.
Alhamdulillah, isterinya, Auni Balqis Mohd Izan, 24, selamat melahirkan bayi perempuan kedua mereka secara normal pada jam 9.12 malam.
Menurutnya, pengalaman tersebut amat bermakna dan sukar dilupakan, lebih-lebih lagi berlaku dalam suasana Aidilfitri yang penuh keberkatan. Selain penunggang motosikal, seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda turut membantu dengan membunyikan hon bagi memudahkan laluan.
Dia meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan individu-individu yang sanggup membantu walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.
“Kalau bukan sebab mereka, mungkin perjalanan kami ambil masa lebih lama. Saya sangat terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia,” katanya.
Kisah ini bukan sekadar tentang kecemasan di jalan raya, tetapi menjadi simbol nilai empati dan solidariti dalam masyarakat. Dalam dunia yang serba pantas hari ini, tindakan kecil seperti membantu membuka laluan mampu memberi impak besar dalam kehidupan orang lain.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk kita semua agar sentiasa peka dan sedia membantu, tanpa mengira siapa pun mereka.
@syafiqmaseiana_ Pertama sekali saya nak ucap kan ribuan terima kasih buat abang abang yang bantu saya pada malam 23/3/2026 hari raya ke 3 terima kasih pada abang yang bantu saya sebab bertungkus-lumus tolong saya dari Rembau negeri sembilan sampai la ke hospital Tuanku Jaafar eskot dan jugak tak lupa pada pemandu kereta yang lain sebab bagi kerja sama 🥹🙏🏼Allah je dapat balas kebaikan semua saya isteri dan anak Saya selamat tiba terima kasih kepada sesiapa yang mengenali abang ni ataupun kenal ataupun tuan sendiri yang menonton video ni dm saya nya🥹🙏🏼 ##seremban##rembau##terimakasih #orangbaik ♬ bunyi asal – 🎧 MUSIC_LIRIK.TIGER
Sumber: Sinar Harian dan Tiktok @syafiqmaseiana_
FT Images: Sinar Harian dan Tiktok @syafiqmaseiana_
