Euforia Bola 2026
Famili

Sanggup Turun Dari Kereta Demi Tolong Kawan, Persahabatan 2 Lelaki OKU Ini Buat Netizen Tersentuh

orang kelainan upaya

Baru-baru ini, satu video memaparkan dua lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berkerusi roda mencuri perhatian ramai di media sosial apabila mereka dilihat saling membantu sambil bergurau mesra.

Baca juga: Pulau-Pulau Cantik di Cape Verde, Negara Kecil Yang Hampir Kalahkan Juara Dunia Argentina

2 LELAKI ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) BUAT NETIZEN TERSENTUH

orang kelainan upaya

Foto: Instagram @mohafirdaus

Menerusi video yang dikongsikan oleh Firdaus di Instagram, dia dilihat dijemput oleh rakannya, Azzwar, yang memandu kereta dipercayai untuk menuju ke suatu destinasi.

Apa yang mencuri perhatian ialah perbualan mereka ketika ingin memasukkan kerusi roda ke dalam kereta.

Firdaus sempat bertanya sama ada Azzwar benar-benar mahu membantu mengangkat kerusi rodanya ataupun membiarkan dia melakukannya sendiri.

Kau boleh angkat? Kau sanggup turun? Aku boleh je kalau nak angkat sendiri,” katanya.

Namun Azzwar tetap berkeras mahu membantu rakannya. Tidak lama kemudian, Azzwar membuka pintu belakang kereta dan mengeluarkan kerusi roda miliknya terlebih dahulu.

Selepas duduk di atas kerusi roda tersebut, dia menolak dirinya menghampiri Firdaus sebelum mengangkat kerusi roda rakannya untuk dimasukkan ke dalam bonet belakang kereta.

Situasi itu jelas menggambarkan semangat saling membantu yang cukup menyentuh hati meskipun kedua-duanya turut berdepan cabaran fizikal masing-masing.

Gurauan mereka buat ramai terhibur

orang kelainan upaya

Foto: Gemini AI

Apa yang lebih mencuit hati ialah gurauan spontan antara dua sahabat itu sepanjang proses tersebut. Firdaus sempat berseloroh mengenai keadaan mereka.

Member pun OKU, ada kerusi roda juga dekat belakang. Tapi nak tolong angkat, aduh. Bolehlah mana-mana pun. Kita tengok siapa cacat paling teruk, biasa macam tulah. Dia tengok siapa cacat lebih sikit.

Selepas Firdaus masuk ke dalam kereta, Azzwar dilihat mengangkat kerusi roda tersebut sebelum menyusunnya dengan kemas di bahagian belakang.

Firdaus turut menunjukkan teknik digunakan Azzwar untuk memudahkan proses memasukkan kerusi roda dengan merebahkan kerusi terlebih dahulu sebelum mengangkatnya ke dalam kenderaan.

Menerusi semakan, Firdaus merupakan salah seorang atlet bola keranjang paralimpik negara yang aktif berkongsi aktiviti hariannya di media sosial.

Video berkenaan bukan sahaja memaparkan rutin harian mereka, malah menjadi bukti bahawa semangat persahabatan dan sikap saling membantu mampu mengatasi pelbagai cabaran.

Netizen kagum dengan semangat dan persahabatan mereka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat hubungan akrab dua sahabat itu.Ramai mendoakan agar urusan mereka sentiasa dipermudahkan selain memuji sikap positif yang dipamerkan.

Antara komen yang ditinggalkan ialah:

Hebat betul korang ni. Semoga korang sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan segala urusan.

Saya suka tengok semangat abang berdua. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Perghh… memang kuat semangat brother ni. Salute. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan, Aamiin.

Perkongsian itu turut mengingatkan ramai bahawa kekuatan sebenar bukan hanya terletak pada fizikal, sebaliknya hadir melalui semangat, keikhlasan dan kesanggupan untuk sentiasa membantu insan di sisi.

Baca juga: Bukan Sekadar Teman Bermain, Haiwan Peliharaan Sebenarnya Boleh Bantu Emosi Anak Lebih Stabil

Sumber: Instagram @mohafirdaus 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×