Euforia Bola 2026
Didik

Ini 20 Lokasi Sekolah Dalam Hospital Di Malaysia, Murid Dalam Rawatan Terus Dijamin Akses Pendidikan!

sekolah dalam hospital

Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) kini terus berkembang di Malaysia bagi memastikan tiada murid yang tercicir daripada pembelajaran walaupun sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Inisiatif ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), yang menekankan hak setiap insan untuk mendapat pendidikan berkualiti tanpa mengira keadaan kesihatan.

Baca juga: [TERKINI] Permohonan UPUOnline Lepasan SPM Dilanjutkan Sehingga 12 April Ini!

SENARAI SEKOLAH DALAM HOSPITAL DI MALAYSIA

sekolah dalam hospital

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menekankan bahawa program SDH bukan sahaja memberi sokongan akademik kepada murid yang sedang dirawat, tetapi juga memberi mereka peluang untuk terus berkembang dalam suasana pembelajaran yang sesuai dengan keperluan mereka.

“Terkini, program SDH diperluas ke Hospital Seberang Jaya, sekali gus menjadi yang pertama dilaksanakan di Pulau Pinang,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Isnin.

Peluasan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan KPM untuk meningkatkan akses pendidikan, sejajar dengan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang menekankan pendidikan inklusif.

Menurut Fadhlina, sejak pelaksanaan program SDH pada 2011, lebih 400,000 murid telah mendapat manfaat di seluruh negara. Program ini kini beroperasi di 20 lokasi dengan fokus untuk memberi sokongan akademik berterusan kepada murid yang menerima rawatan hospital.

Baca juga: Cikgu Bimbang Kemahiran Motor Halus Murid, Rupanya Ramai Tahun 1 Tak Tahu Guna Gunting & Koyak Kertas!

Berikut senarai program SDH yang sedang beroperasi, beserta tarikh penubuhannya:

  1. SDH Hospital Kuala Lumpur – 18 Julai 2011
  2. SDH Hospital Ampang – 18 Julai 2011
  3. SDH Hospital Serdang – 18 Julai 2011
  4. SDH Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia – 18 September 2012
  5. SDH Hospital Universiti Sains Malaysia – 18 September 2012
  6. SDH Sultan Haji Ahmad Shah – 18 September 2012
  7. SDH Hospital Sultanah Aminah – 18 September 2012
  8. SDH Hospital Pakar Sultanah Fatimah – 24 April 2013
  9. SDH Pusat Perubatan Universiti Malaya – 21 November 2013
  10. SDH Hospital Selayang – 23 November 2013
  11. SDH Tuanku Jaafar Seremban – 1 Jun 2014
  12. SDH Hospital Umum Sarawak – 18 Ogos 2014
  13. SDH Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas – 18 Ogos 2014
  14. SDH Hospital Tawau – 1 Julai 2015
  15. SDH Hospital Sultanah Nur Zahirah – 17 September 2015
  16. SDH Hospital Sultanah Bahiyah – 19 Mac 2023
  17. SDH Tuanku Fauziah – 21 Ogos 2023
  18. SDH Hospital Seberang Jaya – 5 Ogos 2024
  19. SDH Hospital Rehabilitasi Cheras – 2 September 2024
  20. (Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

Senarai ini menunjukkan komitmen KPM dalam memastikan akses pendidikan merangkumi semua segmen murid, termasuk mereka yang menghadapi cabaran kesihatan.

Baca juga: Anak Lahir 2021–2023? 1 Mac Dah Boleh Mohon Prasekolah 2027, Ini Panduan Lengkap Secara ‘Online’ & Manual!

 

sekolah dalam hospital

Antara SDH yang terawal dilaksanakan di Malaysia.

Pendidikan Inklusif, Hak Semua Murid

Program SDH memberi impak besar bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga motivasi murid untuk terus belajar walaupun berhadapan dengan kesukaran kesihatan. Inisiatif ini menjadi contoh terbaik bagaimana kerjasama antara kementerian dan agensi dapat menjamin pendidikan yang inklusif dan menyeluruh.

Peluasan SDH ke Pulau Pinang membuktikan bahawa akses pendidikan yang berkualiti adalah hak setiap insan, tanpa mengira latar belakang atau keadaan kesihatan. Murid kini boleh terus mengikuti kurikulum dan memastikan pembelajaran mereka tidak terhenti walaupun berada di hospital.

Sumber: Facebook (1) (2) / KPM (1) (2) (3) / BERNAMA / JKNKL /

FT Image: Auris Faqrurazzi (NST) / Facebook HSB

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×