10 malam terakhir Ramadan merupakan waktu paling istimewa bagi umat Islam kerana pada malam-malam inilah berkemungkinan berlakunya Lailatul Qadar, malam yang ganjarannya lebih baik daripada 1000 bulan.
Pada waktu ini ramai umat Islam akan memperbanyakkan ibadah seperti solat malam, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa.
Baca juga: Petua Orang Dulu Elak Makhluk ‘Tumpang’ Bila Bawa Daging Mentah Waktu Malam, Kena Letak Daun Ini!
JADUAL 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN 2026 UNTUK PANDUAN

Kredit: Baznas
Malah, Rasulullah SAW sendiri akan menggandakan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan sebagai usaha untuk merebut malam penuh kemuliaan ini.
Bagi memudahkan anda merancang ibadah, berikut ialah jadual 10 malam terakhir Ramadan 2026 yang boleh dijadikan panduan:
9 Mac | Isnin 19 Ramadan | Malam ke-20
10 Mac | Selasa 20 Ramadan | Malam ke-21
11 Mac | Rabu 21 Ramadan | Malam ke-22
12 Mac | Khamis 22 Ramadan | Malam ke-23
13 Mac | Jumaat 23 Ramadan | Malam ke-24
14 Mac | Sabtu 24 Ramadan | Malam ke-25
15 Mac | Ahad 25 Ramadan | Malam ke-26
16 Mac | Isnin 26 Ramadan | Malam ke-27
17 Mac | Selasa 27 Ramadan | Malam ke-28
18 Mac | Rabu 28 Ramadan | Malam ke-29
19 Mac | Khamis 29 Ramadan | Malam ke-30
Kebanyakan ulama berpendapat Lailatul Qadarl ebih berkemungkinan berlaku pada malam ganjil dalam 10 malam terakhir Ramadan, iaitu:
- Malam ke-21 (10 Mac)
- Malam ke-23 (12 Mac)
- Malam ke-25 (14 Mac)
- Malam ke-27 (16 Mac)
- Malam ke-29 (18 Mac)
Walau bagaimanapun, umat Islam digalakkan untuk beribadah pada kesemua 10 malam terakhir kerana waktu sebenar Lailatul Qadar dirahsiakan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.” (Riwayat Al-Bukhari)
Berdasarkan hadis dan riwayat ulama, antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan.
Malam yang tenang: Suasana malam terasa sangat damai, tenang dan tenteram.
Suhu sederhana: Cuaca malam tersebut tidak terasa terlalu panas dan tidak juga terlalu sejuk
Cahaya matahari tidak terik: Pada pagi keesokannya, matahari terbit dengan cahaya yang redup atau tidak terlalu terik.
Walaupun terdapat beberapa tanda yang disebut, kebanyakan ulama menjelaskan bahawa tanda-tanda ini biasanya hanya disedari selepas malam tersebut berlalu.
Sebab itulah umat Islam digalakkan untuk menghidupkan semua 10 malam terakhir Ramadan dengan ibadah, bukannya menunggu tanda tertentu sebelum beramal.

Kredit: Berita UTHM
Amalan yang boleh dilakukan
Antara amalan yang boleh dilakukan untuk menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan adalah:
- Melakukan solat sunat seperti tahajud, taubat dan hajat
- Membaca dan tadabbur al-Quran
- Berzikir dan berselawat
- Berdoa memohon keampunan
- Bersedekah
Rebutlah peluang pada malam-malam terakhir Ramadan ini kerana ia merupakan waktu terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah serta mengumpul ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Belum Kahwin Tapi Dah Bayar Zakat Fitrah Untuk Tunang? Memang ‘Sweet’ & Ini Penjelasan Mufti…
Sumber: Instagram Nasihat Hari Ini & AkuIslam
