Euforia Bola 2026
Nur

Wanita Kongsi 45 Doa Rumi Untuk Dibaca Pada 10 Malam Terakhir Ramadan, Mari Rebut Lailatulqadar!

doa 10 malam terakhir

Menjelang penghujung bulan Ramadan, umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah termasuk berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Antara amalan yang sering dilakukan ialah membaca doa 10 malam terakhir Ramadan dengan penuh harapan agar segala permohonan dimakbulkan.

Perkongsian oleh Fiza Omar di Facebook ini menghimpunkan beberapa doa yang boleh diamalkan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan. Doa-doa ini merangkumi permohonan keampunan, kesejahteraan hidup, urusan selepas kematian serta harapan untuk memperoleh syurga.

Baca juga: Hukum Jimak Suami Isteri Di 10 Malam Terakhir Ramadan & Ini Adabnya Kalau Masih Nak ‘Buat’

SENARAI 45 DOA 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN DALAM RUMI

doa 10 malam terakhir

Gambar hiasan: Gemini AI

Bahagian 1 – Pengampunan dosa

Berikut antara doa yang boleh dipohon berkaitan keampunan dosa:

  1. Minta ampun atas dosa diri sendiri.
  2. Minta ampun atas dosa ibu bapa.
  3. Minta ampun atas dosa pasangan.
  4. Minta ampun atas dosa anak-anak.
  5. Minta ampun atas dosa ahli keluarga dan saudara-mara.
  6. Minta ampun atas dosa guru, ustaz dan ustazah yang pernah mendidik kita.
  7. Minta ampun atas dosa seluruh muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Bahagian 2 – Keperluan semasa kehidupan

Antara perkara yang boleh dimohon dalam kehidupan seharian:

  1. Dikurniakan rezeki yang berlipat ganda, halal dan baik.
  2. Diberikan sakinah (ketenangan) dalam keluarga.
  3. Anak-anak sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.
  4. Rezeki yang diperoleh sentiasa diberkati.
  5. Dijauhkan daripada musibah, bala bencana dan penyakit.
  6. Dijauhkan daripada ujian yang tidak mampu ditanggung.
  7. Memohon agar hati anak-anak tidak berpecah-belah.
  8. Memohon agar orang lain menyayangi keluarga dan diri kita.
  9. Dijauhkan daripada orang yang dengki, khianat dan iri hati.

Bahagian 3 – Urusan ketika kematian

Doa berkaitan saat akhir kehidupan:

  1. Mohon meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.
  2. Dijauhkan daripada fitnah ketika kematian.
  3. Dapat mengucapkan syahadah La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah.
  4. Meninggal dunia dalam keadaan sedang beribadah.
  5. Meninggal dalam keadaan yang baik, pada waktu yang baik dan di tempat yang baik.

Bahagian 4 – Alam barzakh

Antara doa yang boleh dipohon untuk kehidupan selepas kematian:

  1. Jadikan kubur kita nanti dari taman-taman syurga
  2. Jangan jadikan kubur kita dari lubang api neraka
  3. Ya Allah, kami takut gelap (terangkanlah kubur kami)
  4. Ya Allah, kami takut sempit (luaskanlah kubur kami)
  5. Ya Allah Engkau lapangkanlah kubur kami sejauh mata memandang
  6. Engkau berikanlah rezeki pada kami di dalam kubur nanti
  7. Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat kedudukan kami di dalam syurga.

Baca juga: Aplikasi Waktu Solat Malaysia Perkenal Pelan Tanpa Iklan, Lebih Lancar Untuk Pengguna Tanpa Gangguan

doa 10 malam terakhir

Gambar hiasan: Gemini AI

Bahagian 5 – Ketika di padang mahsyar

Doa ketika manusia dibangkitkan pada hari akhirat:

  1. Ya Allah, selamatkanlah kami di padang mahsyar
  2. Jadikan kami orang yang duduk dibawah perlindungan arash-Mu
  3. Ya Allah, jangan Engkau seksa kami di padang mahsyar
  4. Berikanlah suratan amal dari tangan kanan
  5. Padamkan dosa-dosa kami di dalam kitab amal berikanlah kitab dari tangan kanan di hadapan
  6. Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosa kamyang dulu kami lakukan di tayangan amal
  7. Tutup dan lindungilah aib-aib kami, dosa-dosa kami dan kesilapan kami dulu
  8. Beratkan timbangan amal di sebelah kanan kamj
  9. Masukkan kami di dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab.

Bahagian 6 – Lintasan titian sirat

Doa ketika melintasi titian sirat:

  1. Permudahkanlah kami melintasi titian sirat
  2. Jangan jatuhkan kami ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat
  3. Ya Allah, tolonglah kami ketika melintas titian sirat
  4. Ya Allah, percepatkanlah kami melintas titian sirat sepantas kilat.

Bahagian 7 – Masuk syurga

Antara doa yang boleh dipohon sebagai penutup:

  1. Ya Allah, kurniakan kami syurga firdaus
  2. Bangkitkan kami bersama Nabi Muhammad SAW di syurga firdaus
  3. berilah kami dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, para wali Allah, para syuhada’ dan orang-orang soleh
  4. Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab api neraka.

Semoga perkongsian doa 10 malam terakhir Ramadan ini dapat dijadikan panduan untuk kita memperbanyakkan doa dan memohon rahmat Allah SWT sepanjang malam-malam terakhir Ramadan.

Baca juga: Musafir Ramadan Naik Flight? Ini Cara Tentukan Waktu Berbuka Dalam Kapal Terbang, Ramai Masih Keliru!

Sumber: Fiza Omar

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×