Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, di mana umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah dan amalan soleh lebih lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan. Menjelang sepuluh malam terakhir, peluang untuk meraih kelebihan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan, semakin hampir.
Malam-malam ini menawarkan keberkatan yang luar biasa bagi mereka yang tekun dalam beribadah, bermula dari solat, membaca al-Quran, beristighfar, hingga memperbanyakkan doa kepada Allah SWT.
Baca juga: Wanita Kongsi 45 Doa Rumi Untuk Dibaca Pada 10 Malam Terakhir Ramadan, Mari Rebut Lailatulqadar!
SENARAI MASJID UNTUK QIAMULLAI 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN
Bagi masyarakat Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyediakan senarai masjid yang menjadi tumpuan pejuang qiamullail. Masjid-masjid ini bukan sahaja menyediakan ruang untuk solat berjemaah, tetapi juga menjadi pusat pembimbingan dan bacaan tadarus al-Quran, khususnya pada sepuluh malam terakhir Ramadan.
Berikut adalah senarai masjid di bawah seliaan JAWI yang disarankan untuk dijadikan lokasi qiamullail:
1. Masjid Wilayah Persekutuan

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
2.Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
3. Masjid TNB, Bangsar

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
4. Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
5. Masjid Jamek Sultan Abdul Samad

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
6. Masjid Asy-Syakirin, KLCC

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
7. Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
8. Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
9. Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah Selayang

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
10. Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
11. Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
12. Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
13. Masjid Az-Zahrawi, Hospital Kuala Lumpur

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
14. Masjid Amru Ibni Al-‘As, Bandar Baru Sentul

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
15. Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas, Batu 4

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
16. Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
17. Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya

Foto: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Jawi
10 malam terakhir Ramadan adalah waktu terbaik untuk memperbanyakkan ibadah dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Aktiviti seperti solat tahajud, membaca al-Quran, beristighfar, dan doa secara istiqamah mampu meningkatkan ketakwaan serta mendekatkan diri kepada Allah.
Semoga Allah SWT memberi kita kesempatan untuk bertemu dengan Lailatul Qadar, menerima rahmat dan keampunan-Nya, serta menjadikan Ramadan tahun ini sebagai titik permulaan untuk amalan yang berterusan.
Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
FT Images: Freepik & Gemini AI
