Euforia Bola 2026
Nur

Senarai Lengkap Kadar Zakat Fitrah 2026 Mengikut Negeri Di Malaysia, Semak Berapa Perlu Bayar Tahun Ini

kadar zakat fitrah 2026

Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, umat Islam diwajibkan menunaikan zakat fitrah sebagai salah satu kewajipan yang melengkapkan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan. Kadar Zakat Fitrah 2026 yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim yang berkemampuan.

Membayar zakat bertujuan untuk menyucikan diri daripada kekurangan ketika berpuasa serta membantu golongan fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Baca juga: Belum Kahwin Tapi Dah Bayar Zakat Fitrah Untuk Tunang? Memang ‘Sweet’ & Ini Penjelasan Mufti…

KADAR ZAKAT FITRAH 2026 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

kadar zakat fitrah 2026

Foto: Facebook

Berikut ialah kadar zakat fitrah 2026 (1447H) mengikut negeri di Malaysia. Kadar ini berbeza mengikut negeri dan sebahagiannya mempunyai beberapa pilihan bergantung kepada jenis beras yang dimakan.

  1. Terengganu: RM10/RM20
  2. Selangor: RM8/RM16/RM25
  3. Wilayah Persekutuan: RM8/RM15/RM25
  4. Kelantan: RM10/RM22
  5. Perak: RM10/RM16/RM25
  6. Pahang: RM8/RM14/RM21
  7. Johor: RM8/RM10/RM20
  8. Pulau Pinang: RM10/RM15/RM25
  9. Negeri Sembilan: RM7.50/RM12/RM20
  10. Kedah: RM9/RM15/RM23
  11. Melaka: RM8/ RM15/RM22
  12. Sabah: RM7.50/ RM15
  13. Sarawak: RM7.5o
  14. Perlis: RM9

Kadar ini ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing berdasarkan harga beras semasa di pasaran.

MENGAPA ADA BEBERAPA KADAR ZAKAT FITRAH?

kadar zakat fitrah 2026

Foto: Gemini AI

Penetapan beberapa kadar zakat fitrah sebenarnya bertujuan untuk memastikan sistem zakat lebih adil dan seimbang. Melalui penetapan ini;

  • Golongan berpendapatan rendah mampu menunaikan zakat
  • Golongan yang berkemampuan boleh menyumbang lebih
  • Golongan fakir dan miskin menerima bantuan lebih dari mencukupi.

BILA WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH?

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada beberapa hukum berdasarkan masa pembayaran:

  1. Wajib – Bermula apabila terbenam matahari pada malam Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada akhir Ramadan
  2. Afdal – Sebelum solat sunat Aidilfitri pada pagi 1 Syawal
  3. Harus – Bermula dari awal bulan Ramadan
  4. Makruh – Selepas solat sunat Aidilfitri tetapi sebelum terbenam matahari pada 1 Syawal.
  5. Haram – Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal

Oleh itu, umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah lebih awal supaya kewajipan ini dapat disempurnakan dengan baik serta membantu golongan fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Baca juga: Perempuan Bayar Zakat Sendiri? Jika Dalam 4 Kategori Ini, Anda Boleh Bayar Ke Atas Diri Sendiri

Sumber: Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

FT Image: Freepik & Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×