Euforia Bola 2026
Inspirasi

[VIDEO] 7 Pemuda Gadai Nyawa Selamatkan Ibu & 2 Anak Kecil Di Tasik Biru, Anwar Ibrahim Ucap Tahniah!

tasik biru

Insiden di Tasik Biru Kundang mencuri perhatian ramai apabila tujuh pemuda bertindak nekad terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang ibu bersama dua anak kecil yang terperangkap dalam kereta yang terjunam, semalam.

Kejadian sekitar jam 12 tengah malam itu bukan sahaja menyelamatkan tiga nyawa, malah turut menyentuh hati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menzahirkan penghargaan atas keberanian dan keikhlasan mereka.

Baca juga: Tangisan Seorang Ibu… 5 Artis Wanita Malaysia Ini Diuji Kematian Anak, Kisah Yang Merobek Hati Peminat

7 HERO BERANI SELAMATKAN IBU & 2 ANAK KECIL DI TASIK BIRU

tasik biru

Gambar: Instagram @mohamadfaham_

Menurut laporan berita tempatan, mangsa merupakan wanita lingkungan usia 40-an bersama dua anak perempuan berusia tiga dan enam tahun. Mereka berjaya diselamatkan sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Salah seorang penyelamat, Mohamad Fahmi Ismail, 33, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian melalui kumpulan WhatsApp komuniti ketika sedang menikmati moreh.

Setibanya di lokasi, suasana bertukar panik apabila jeritan kanak-kanak kedengaran dari dalam kereta yang hampir tenggelam.

“Bila saya dengar kanak-kanak tu menjerit, terus terba­yangkan dua anak saya. Mula-mula takut juga, tapi saya beranikan diri ke­tepikan rasa takut terjun terus ke dalam tasik berkenaan.

“Ketika saya tiba sudah ada pemuda-pemuda lain, termasuk saya seramai tujuh orang cuba selamatkan mangsa. Kami guna teknik panjangkan tangan. Walaupun begitu, ada juga di antara kami hampir lemas ketika nak selamatkan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Dalam tempoh kira-kira 15 minit, kedua-dua kanak-kanak berjaya diselamatkan manakala si ibu dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, sunroof kereta jenis Proton X50 itu terbuka, sekali gus memudahkan proses menyelamat walaupun keadaan gelap gelita tanpa bantuan peralatan.

Baca juga: “Malu Sikit Kak Oi…” Individu Terima Kecaman Pertikai Ibu Baru Bersalin Minum Air Di Klinik Ketika Ramadan

tasik biru

Gambar: Instagram @mohamadfaham_

Menurut Mohamad Fahmi, kejadian kereta terbabas ke Tasik Biru bukanlah perkara baharu. Katanya, hampir setiap tahun pasti berlaku insiden sama, didakwa berpunca daripada ketiadaan besi penghadang di sekeliling tasik.

Tasik berkenaan yang dahulunya merupakan kawasan lombong timah turut dikatakan mempunyai sejarah tersendiri dalam kalangan penduduk tempatan.

Pada awal kejadian, ada individu yang menyangka orang ramai berkumpul kerana penggambaran, sebelum menyedari situasi sebenar.

Baca juga: Anak Usia 3 Tahun Disahkan Penyakit Genetik Jarang Berlaku, “Seorang Hulur RM1 Pun Saya Bersyukur” – Ibu Rayu Bantuan

PM ucap tahniah pada 7 hero Tasik Biru, doakan mangsa

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tersentuh membaca kisah keberanian tujuh pemuda berkenaan.

“Tindakan nekad mereka yang mendahulukan nyawa orang lain walaupun keselamatan diri sendiri menjadi taruhan telah menyelamatkan tiga nyawa.

“Penghargaan setulusnya buat tujuh pemuda ini. Keberanian dan keikhlasan kalian mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat bermakna,” tulis beliau.

Perdana Menteri turut mendoakan agar ibu dan kedua-dua anak tersebut diberikan kesembuhan serta berada dalam perlindungan Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad Faham (@mohamadfaham_)

Sumber: Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim / Kosmo!

FT Image: Kosmo! / Instagram @mohamadfaham_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×