Euforia Bola 2026
Rakyat

Tular Video Warga Emas Mengemis Di Bazar Ramadan, Anak Mengaku Hantar Ibu Sendiri Gara-Gara Duit

bazar ramadan

Hati siapa yang tak luluh melihat seorang ibu uzur berdiri di bawah terik matahari, menghulur tangan meminta simpati di bazar Ramadan?

Itulah situasi yang mencetuskan rasa sebak dan kemarahan ramai apabila satu video tular memaparkan seorang warga emas dipercayai dihantar oleh anaknya sendiri untuk meminta sedekah di Bazar Ramadan Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Baca juga: Belum Sempat Sampai Hospital, Baby ‘Slide’ Keluar Ke Kaki Masa Ibu Tengah Makan Kurma! “Alhamdulillah Semua Selamat..”

SINDIKET MINTA SEDEKAH BAZAR RAMADAN, ANAK MENGAKU GUNA KUDRAT IBU UZUR

bazar ramadan

Tangkap layar dari video yang tular.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @kalsopranos, kelihatan seorang wanita warga emas duduk di kawasan bazar sambil menadah tangan mengharapkan sumbangan orang ramai. Keadaan panas dan kesibukan pengunjung jelas tidak menghalangnya daripada terus berada di situ.

Lebih menyentuh hati, apabila perakam video mendekati mereka, seorang wanita yang dipercayai anak kepada warga emas berkenaan dilihat memapah ibunya sambil melipat kerusi yang digunakan.

Difahamkan, wanita tersebut mengakui bahawa ibunya memang kerap melakukan aktiviti meminta sedekah sebelum ini. Namun, suasana menjadi tegang apabila dia dilihat kurang senang dan marah apabila ditanya lanjut mengenai perkara tersebut.

Menurut pemilik video, tujuan rakaman itu bukan untuk membuka aib sesiapa, sebaliknya lahir daripada rasa tidak sampai hati melihat seorang ibu diperlakukan sedemikian.

“Bukan suka-suka nak tularkan. Tapi kami anak-anak muda pun ada hati dan perasaan. Luluh hati bila nampak orang muda hantar orang tua minta sedekah di tengah panas,” luahnya.

Dia turut mempersoalkan sama ada wajar seorang anak membiarkan ibu sendiri berada dalam keadaan begitu, apatah lagi di tempat orang ramai mencari rezeki.

PENGANJUR BAZAR KENA LEBIH PEKA

@kalsopranosAku pantang betul la Bila tanya buat kerek, kepada korang yang nampak akak ni tolong mention jap♬ original sound – KyleSopranos

Dalam pada itu, individu berkenaan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat sekiranya wujud unsur eksploitasi atau kegiatan sindiket yang mempergunakan golongan warga emas untuk meraih simpati.

Katanya lagi, penganjur bazar juga disaran lebih peka dan mengambil langkah pemantauan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan terhadap insan yang tidak berdaya.

Perkongsian tersebut pantas mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen. Rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap warga emas itu, malah ada yang menyifatkan tindakan sedemikian, jika benar berlaku, adalah sebagai tidak berperikemanusiaan.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 1.3 juta tontonan di TikTok dan terus menjadi bualan ramai. Apa pun kisah sebenar di sebalik rakaman itu, satu perkara pasti adalah isu kebajikan ibu bapa dan tanggungjawab anak bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Baca juga: Viral 10 Juta Tontonan, Lelaki Kongsi Pengalaman Puasa Paling Singkat Di Dunia…Hanya 60 Minit!

Sumber: Tiktok 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×