Euforia Bola 2026
Nur

Ustazah Asma Harun Kongsi Cara Betulkan Kain Telekung Lucut Ketika Solat, Sah Atau Tidak Jika Terpaksa Pegang?

KAIN TELEKUNG

Situasi kain telekung terlucut ketika sedang solat mungkin pernah dialami oleh sebahagian wanita, terutamanya apabila getah sudah longgar atau kain tidak diikat dengan kemas. Persoalannya, adakah solat masih sah jika kita terpaksa memegang kain tersebut sepanjang solat?

Menerusi satu perkongsian, Ustazah Asma’ Harun menjelaskan bahawa dalam keadaan kain terlucut ketika berdiri, kita dibenarkan untuk mengambil dan memegangnya bagi menjaga aurat.

Baca juga: “Boleh Makan Sedap Sikit…”- Excited Tunggu Ramadan, Jawapan Lucu Kanak-Kanak Istimewa Ini Buat Ramai Terhibur

KAIN TELEKUNG TERLUCUT KETIKA SOLAT, KENA BETULKAN ATAU BIAR?

KAIN TELEKUNG

Menurutnya, jika kain jatuh ketika berdiri, boleh sahaja segera ambil dan pegang tanpa perlu membatalkan solat. Tidak perlu panik atau tergesa-gesa untuk mengikat semula kerana pergerakan berlebihan juga perlu dielakkan.

Tambanya lagi, jika terpaksa memegang kain dengan sebelah tangan ketika rukuk kerana bimbang aurat terdedah, solat tetap sah. Ini kerana meletakkan kedua-dua tangan di lutut ketika rukuk adalah sunat, bukan rukun.

Rukun rukuk adalah membongkok dengan kadar tertentu sehingga tangan boleh sampai ke lutut serta tumakninah. Manakala kedudukan jari, sama ada dirapatkan atau dibuka, serta cara memegang lutut termasuk dalam perincian sunat hai’ah (sunat perbuatan dalam solat).

Justeru, jika dalam keadaan darurat untuk menjaga aurat, memegang kain dengan sebelah tangan tidak membatalkan solat.

Ustazah Asma’ turut menekankan bahawa menjaga aurat adalah kewajipan. Sekiranya kain terlucut hingga berisiko mendedahkan aurat, tindakan memegang kain ketika solat adalah dibenarkan kerana termasuk dalam keperluan mendesak.

Ketika sujud atau duduk, jika kain sudah dalam keadaan selamat, boleh dilepaskan. Namun apabila bangun semula dan kain kembali longgar, boleh dipegang semula bagi memastikan aurat terpelihara.

KAIN TELEKUNG

Beliau turut menjelaskan bahawa perkara seperti merapatkan atau menegangkan tangan ketika rukuk atau cara jari diletakkan, tidak menjejaskan sah solat kerana ia termasuk dalam perkara sunat, bukan rukun.

Begitu juga jika ada sedikit kekurangan pada kesempurnaan pergerakan sunat, ia tidak membatalkan solat selagi rukun-rukun utama seperti berdiri bagi yang mampu, rukuk, sujud dengan tujuh anggota serta tumakninah dipenuhi.

Walaupun hukum membenarkan memegang kain ketika darurat, adalah lebih baik mengambil langkah awal seperti memastikan getah kain masih elok, memakai pin atau mengikat dengan kemas sebelum memulakan solat.

Baca juga: Dalam Suasana Tegang & Dikawal Ketat, Ribuan Jemaah Tetap Penuhi Masjid Al-Aqsa Untuk Tarawih Pertama

Sumber: Threads nrmz.whd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×