Euforia Bola 2026
Nur

Hukum Wanita Solat Pakai Telekung ‘Two Pieces’ Dikatakan Nampak Aurat Bawah, Ini Jawapan Agamawan

pakaian menutup aurat

Baru-baru kecoh di laman media sosial memaparkan situasi wanita yang memakai telekung ‘two pieces’ sedang solat dalam keadaan angin kipas yang kuat. Ini menyebabkan telekung seolah berterbangan dan nampak aurat dalam telekung tersebut. Lantas, ramai yang bertanya adakah wanita perlu memakai pakaian menutup aurat di dalam telekung baru dikira sah solatnya?

Ada yang cakap tak perlu bertutup litup di dalam telekung dan cukup hanya pakaian biasa sahaja di dalam dan ada juga yang bercanggah pendapatan. Jadi, berikut merupakan penjelasan dari Ustaz dan Mufti Selangor sebagai rujukan, insyaAllah…

Baca juga: “Bukan Aku Punya”- Wanita Jadikan Bahagian Muka Telekung Letak Di Kaki Dikecam!

KENA PAKAI PAKAIAN MENUTUP AURAT DALAM TELEKUNG BARU SOLAT SAH?

Menurut Ustaz Muzuza, antara syarat sah solat adalah menutup aurat sama ada lelaki atau wanita dan aurat itu mestilah ditutup dari arah atas dan tepi, adapun arah bawah tidak disyaratkan tutup. Maka inilah titik pertanyaan pada isu sekarang ini. Dari sini, terbit persoalan.

“Apa maksud arah bawah?”

Arah bawah yang dimaksudkan dalam konteks isu ini adalah bahagian tapak kaki. Maka, lelaki yang pakai kain pelikat, dia hanya pakai seluar dalam, atau tidak pakai apa-apa, maka sah solatnya.

Wanita pula, piece kedua (merujuk kain untuk bahagian bawah bagi telekung), kalau dilihat dari bawah, maka juga sah solatnya kerana tidak wajib menutup bahagian bawah. Adapun piece atas (merujuk kain telekung bahagian atas yang menutup dari kepala dan bahagian badan),maka jika ada bukaan di bahagian tepi itu, inilah dia titik perbahasan kita. Adakah bukaan ini dikira tepi atau bawah?

Dalam pandangan muktamad (pandangan yang kuat) dalam mazhab Syafi’i, bukaan tepi itu dikira TEPI bukan bawah, justeru waijb ditutup. Inilah pandangan kuat. Namun, ada ulama’ yang meringankan di sini, iaitu tidak mengapa jika tidak tertutup sepenuhnya pun. Masih sah solat.

pakaian menutup aurat

Jadi, jika ingin ikut pandangan muktamad sepenuhnya, maka:

a. Pakai telekung one piece, ini tiada isu
b. Pakai telekung two pieces, tetapi tutup aurat juga dari dalam telekung

Baik selesai pandangan muktamad sepertimana yang disebut dalam artikel.

BERHATI-HATI SEMASA SOLAT, KUNCINYA JAGA SEDAYA MAMPU

pakaian menutup aurat

Baik, kalau bukan pandangan muktamad macam mana? Yang lebih ringan sikit? Maka berbalik kepada isu bukaan tepi pada bahagian atas kain telekung tadi. Ada ulama’ mengirakan bahawa bukaan ini adalah bukaan BAWAH. Justeru, dimaafkan jika terbuka.

Tetapi bukaan ini tidak dianggap begitu lagi ketika mengangkat tangan. Jika ketika mengangkat tangan, lalu terbuka bukaan telekung itu, maka ini dikira sebagai bukaan TEPI, bukan BAWAH lagi. Jadi, kuncinya kena angkat tangan dalam solat berhati-hati. Itu saja. Contoh jika dia angkat takbir ketika solat, lalu ternampak bahagian bukaan tepi itu, maka ini tidak dibolehkan.

Jika tangan tidak terangkat, seperti keadaan tangan di tubuh ketika berdiri dalam solat, maka dikira bukaan bawah. Ini dibolehkan. Selesai, tetapi ini bukan pandangan yang muktamad. Jadi kita nak amal yang mana? Sedaya mampu, cubalah amalkan pandangan muktamad dengan cara:

a. Pakai telekung one piece, ini tiada khilaf. Sah solat.

b. Pakai telekung two pieces, tetapi pakai menutup aurat di dalam.

c. Tak pakai telekung, solat dengan pakaian biasa yang menutup aurat, kerana telekung tidak wajib, yang wajib adalah menutup aurat.

Namun, jika ada kesukaran, maka boleh kita amalkan pandangan yang tidak muktamad. Berdasarkan kaedah:

من ابتلي بشيء فليقلد من أجاز

“Barangsiapa yang diuji dengan suatu kesukaran, maka boleh mengambil pandangan yang membenarkan”

Disebabkan kejahilan seseorang tentang perkara ini dan amalan memakai pakaian yang tidak menutup aurat di dalam tudung telekung terutamanya baju yang menampakkan lengan dan leher telah menjadi urf yang ghalib (adat kebanyakan wanita) di negara kita, hal ini termasuk dalam kategori di mana kesalahan seseorang itu dimaafkan dan perkara ini berlaku hanya dalam permasalahan tertentu sahaja.

Oleh itu, solat yang dilaksanakan dalam keadaan tidak mengetahui hukum ini tidak perlu diqada’. Namun, apabila sudah mengetahui akan hukum ini maka adalah menjadi satu kewajiban untuk melakukan perubahan dan menjadikan perkara yang betul itu suatu kebiasaan.

Baca juga: Jangan Simpan Baju Orang Mati Untuk Kenangan, Tukang Mandi Jenazah Pesan Ada ‘Benda’ Ikut

Sumber: X @UstazMuzuza, Mufti Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×