Euforia Bola 2026
Famili

Cegah Tragedi Tersangkut Telekung, Buat 3 ‘Step’ Keselamatan Ini Sebelum Tunggang Motosikal!

kain telekung

Pada bulan Ramadan, ramai wanita berpusu-pusu ke masjid bagi menunaikan solat Tarawih berjemaah. Maka, mereka sering ke masjid dengan mengenakan kain telekung sebagai pakaian kerana ia lebih menutup aurat dan mudah bersiap berbanding memakai hijab.

Namun perlu diingatkan kepada wanita yang memakai telekung sambil menunggang motosikal, untuk lebih berhati-hati bagi mencegah daripada berlakunya insiden yang boleh meragut nyawa.

Baca juga: Ramai Terkejut Kalkulator IOS & Android Ada Fungsi Tukaran Mata Wang, Mudah ‘Travel Overseas’

CEGAH INSIDEN KAIN TELEKUNG TERSANGKUT TAYAR MOTOSIKAL

kain telekung

Insiden maut melibatkan kain telekung tersangkut dalam tayar motosikal

Hal ini kerana, insiden kain telekung tersangkut pada tayar motosikal. bukanlah kali pertama berlaku.

Di mana, dua tahun lalu seorang lelaki maut, manakala isterinya cedera parah selepas telekung yang dipakai wanita tersebut tersangkut di tayar motosikal. Disebabkan itu, mereka terjatuh lalu motosikal hilang kawalan.

Melalui hantaran Public Health Malaysia (PHM), pakaian labuh seperti telekung berisiko termasuk ke dalam tayar atau rantai motosikal, mengakibatkan pembonceng terjatuh atau motosikal terbabas.

Baca juga: Kad Touch ‘n Go Hilang Atau Tamat Tempoh? Ini Cara Mudah ‘Refund’ Baki Wang!

Baca juga: Ramai Terkesima, Butang ‘Emergency’ Petrol Pam Boleh Lapor Plat Kereta Asing Guna Minyak RON95!

Langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian:

  1. Pastikan telekung ditarik ke bahu sebelum motosikal bergerak.
  2. Pakai seluar panjang di bahagian dalam untuk keselamatan tambahan.
  3. Elakkan kain atau pakaian yang terlalu labuh terurai ketika membonceng motosikal.

Jangan ambil ringan perkara ini. Keselamatan di jalan raya bukan hanya soal bagaimana anda menunggang, tetapi juga bagaimana diri berpakaian.

Baca juga: Kereta Kerap Bunyi “Ketak Ketak” Bila Lalu Di Selekoh & Jalan Tak Rata, Lelaki Ini Jelaskan 3 Punca & Tips!

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: telekungtraveleena / Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×