Euforia Bola 2026
Famili

[VIDEO] Tragis Awal Pagi! Seorang Kanak-Kanak 6 Tahun Maut, Rentung Dalam Rumah Teres

mangsa rentung

Seorang mangsa rentung iaitu kanak-kanak berusia enam tahun dilaporkan maut dalam satu kebakaran membabitkan sebuah rumah teres di Taman Baiduri, Banting, Kuala Langat awal pagi Ahad.

Menurut laporan, kejadian berlaku sekitar jam 4.42 pagi sebelum pihak bomba menerima panggilan kecemasan dan bergegas ke lokasi.

Baca juga: Disahkan Bukan Ibu Kandung…Tapi Dia Yang Mengandung! Ini Kisah Benar & ‘Rare’ Manusia Chimera Miliki 2 DNA  

KANAK-KANAK 6 TAHUN JADI MANGSA RENTUNG DI TAMAN BAIDURI

mangsa rentung

Gambar: Sinar Harian

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pasukan bomba tiba di lokasi hanya tiga minit selepas panggilan diterima.

Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan 20 x 75 kaki persegi dan telah musnah kira-kira 85 peratus.

Difahamkan, dua mangsa dilaporkan terperangkap ketika kebakaran berlaku dan operasi menyelamat segera dijalankan oleh anggota bomba.

Namun, pasukan penyelamat kemudian menemui mayat kanak-kanak tersebut di tingkat atas rumah dalam keadaan rentung.

Baca juga: Budak Maut Minum Methadone Tulis Surat Menyayat Hati Kepada Rakan, “Arwah Cakap Dia Akan Meninggal Dulu”

mangsa rentung

Gambar: Sinar Harian

10 penghuni, 9 berjaya diselamatkan

Seorang lagi mangsa yang berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati rumah berkenaan dihuni seramai 10 orang ketika kejadian berlaku. Sembilan daripada mereka berjaya diselamatkan.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.05 pagi dan setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

@buletintv3 Seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran rumah di Kuala Langat, Selangor, awal pagi tadi. Sembilan mangsa lain berjaya diselamatkan. #BuletinTV3 #BeritaTerkini #kebakaran #KualaLangat #rumahterbakar #kebakaranrumah ♬ original sound – BuletinTV3

Baca juga: [VIDEO] Pilu Di Hari Bahagia..Ibu Pergi Pada Hari Lahir, Pengantin Akad Nikah Di Sisi Jenazah Undang Sebak

Sumber: Buletin TV3

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×