Menu makanan tahan lapar untuk sahur kembali jadi perbualan hangat selepas perkongsian seorang pengguna Threads @its.dirae yang tertarik mencuba gabungan kurma, oatmilk dan chia seeds seperti dikongsi Neelofa di Instagram Story.
Menurut perkongsian tersebut, kombinasi ringkas ini dikatakan mampu membantu rasa kenyang lebih lama sepanjang tempoh berpuasa.
RESIPI MUDAH MAKANAN TAHAN LAPAR

“Tadi tengok Lofa share dekat igs dia buat kurma+oatmilk+chia seeds. I macam nak try untuk sahur nanti. Hopefully boleh tahan lapar sampai berbuka,” tulis wanita itu.
Bahan-bahan menu sahur
Resepi ini cukup mudah dan tidak memerlukan penyediaan rumit:
- Kurma ajwa
- 350ml oatmilk
- Chia seeds
Antara jenama oat milk yang disebut termasuk:
- Oatbedient
- Oatside
- Oatlife
“Saya biasa minun oatside, sedap juga,” kongsinya lagi.
Gabungan ini pada asasnya tinggi serat dan mengandungi karbohidrat kompleks daripada oat, gula semula jadi daripada kurma serta serat larut daripada chia seeds yang membantu memberi rasa kenyang lebih lama.
RAMAI KONGSI REVIEW POSITIF
Perkongsian tentang menu ini turut menerima pelbagai maklum balas positif daripada warga Threads, termasuk dalam kalangan ibu menyusu.
Antara komen yang dikongsikan:
“Review jujur: memang tahan sampai berbuka. Langsung tak lapar. Tapi bergantung pada orang juga. Bagi saya, ia berkesan terutamanya ketika menyusukan anak,” m4maryam_.
“Please try. Memang bertahan. Kami sudah bertahun-tahun sahur macam ni. Tak ambil nasi waktu sahur. Sebab kalau ambil nasi, pukul 10 pagi dah berbunyi perut, hihi,” amirarahim92.
“Ibu menyusu memang sesuai sahur macam ni. Bekalan susu pun lebih baik dan takkan rasa lapar,” hanisrose.b.
“Ya, masa sahur saya buat ini atau overnight oat milk, memang rasa kenyang lebih lama,” afiqahyaakop.
“Review jujur. Saya menyusukan anak dan ia memang menjadi! Serius tak lesu berbanding makan nasi, tengah hari dah letih,” fazwiinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Walaupun keberkesanan mungkin berbeza mengikut individu, ramai mengakui menu ini membantu mengurangkan rasa cepat lapar berbanding mengambil nasi ketika sahur.

Sesuai untuk ibu menyusu?
Menariknya, ramai ibu menyusu mendakwa menu ini membantu mereka kekal bertenaga dan tidak mudah lesu sepanjang hari. Kandungan serat serta nutrisi daripada kurma dan chia seeds dipercayai menyumbang kepada kestabilan tenaga.
Namun, seperti biasa, keperluan kalori setiap individu adalah berbeza. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, disarankan mendapatkan nasihat profesional kesihatan sebelum mengubah corak pemakanan.
Neelofa turut kongsi planner Ramadan
Selain berkongsi idea makanan tahan lapar, Neelofa juga dilihat menyediakan planner Ramadan yang lengkap dengan:
- Quran tracker
- Infaq goals
- Daily zikir
- Perancangan aktiviti ibadah
Planner tersebut dilihat sesuai untuk mereka yang mahu merancang Ramadan secara lebih teratur dan konsisten.
Neelofa kini dilihat menjalani hidup lebih tenang, terutama memberi fokus kepada keluarga, anak-anak serta perniagaan, di samping terus berkongsi gaya hidup Muslimah yang positif dan bermanfaat kepada pengikutnya.
Baca juga: 6 Pilihan Popular Buah Limau Mandarin Di Pasaran & Cara Pilih Yang Manis Macam Senyuman Awak!
Sumber: Threads @its.dirae
FT Image: Threads @its.dirae / Instagram Neelofa
