Euforia Bola 2026
Sihat

Ingatkan Favourite, Rupanya Ini 3 Menu Sahur Yang Buat Anak ‘Reject’ & Muntah Pukul 5 Pagi!

anak muntah

Setiap kali Ramadan, antara momen paling mencabar buat ibu ayah ialah waktu sahur bersama anak-anak. Sudah bangun awal, masuk dapur siapkan lauk kegemaran seperti ayam goreng rangup, telur dadar garing dengan harapan anak makan berselera supaya tahan sampai petang tetapi anak muntah!

Baru dua tiga suap, anak terus tolak pinggan, buat muka loya.  Kita pula mula rasa kecewa, sudahlah mengantuk, dah penat memasak dan anak pula nampak macam “mengada-ngada”. Sebenarnya, menurut perkongsian Dr Amalina Mohd Daud, situasi ini bukan soal anak memilih makan namun ada penjelasan dari sudut biologi.

Baca juga: 10 Jenis Sayur & Buah ‘Berangin’ Kena Elak Makan Ketika Musim Hujan, Nombor 7 Paling Ramai Suka!

3 MENU SAHUR BOLEH BUAT ANAK MUNTAH JAM 5 PAGI, KENA ELAK!

anak muntah

Foto: Freepik

Hal ini kerana, waktu sekitar pukul 4–5 pagi, badan anak masih dalam “mode tidur” dan pengeluaran air liur sangat sedikit. Manakala, tekak pula kering. Bila kita hidangkan makanan yang keras, kering atau berkerak seperti ayam goreng atau telur garing — tekstur makanan tu akan bergesel dengan tekak.

Secara semula jadi, badan akan beri signal “bahaya” dan cuba tolak makanan keluar. Sebab itu anak tiba-tiba rasa nak muntah atau tersedak. Kalau dipaksa juga? Memang boleh jadi drama air mata sebelum Subuh.

Jadi, apa strategi sahur untuk anak ‘senang telan’ dan liquid calories?  Untuk anak, terutamanya yang picky eater, waktu sahur bukan masa untuk paksa makan berat. Gunakan konsep:

  • Makanan tekstur lembut
  • Padat nutrisi
  • Tak perlukan tenaga besar untuk dikunyah

Jom tengok antara kesilapan biasa waktu sahur

anak muntah

Foto hiasan AI.

1. Ayam Goreng / Telur Dadar Garing

Situasi biasa: “Anak saya memang suka ayam goreng, siang laju je makan.”
Realitinya: Awal pagi, tekak anak kering. Bila kena makanan berkerak dan rangup, ia mudah buat anak rasa tak selesa, tersedak atau loya.
– Bukan tak suka.
– Cuma masa tak sesuai.

2. Ikan Goreng / Lauk Bau Kuat

Situasi biasa: “Panaskan je lauk berbuka semalam, jimat masa.”
Realitinya: Deria bau dan rasa anak waktu pagi sangat sensitif. Bau hanyir ikan atau rempah kuat boleh buat perut yang masih “tidur” terus rasa tak selesa. Belum sempat suap pun, anak dah tutup hidung.

3. Nasi Putih Sepinggan Penuh

Situasi biasa: “Kena makan banyak, baru tahan sampai petang.”
Realitinya: Nasi dalam kuantiti besar perlukan tenaga untuk dihadam. Perut anak yang masih mamai terpaksa bekerja keras. Akhirnya, anak cuma mampu makan 2–3 sudu sebelum letih mengunyah dan kita pula fikir dia sengaja tak nak makan.

Jadi, Apa Menu Sahur Yang Lebih Sesuai?

Untuk anak, terutama bawah 12 tahun, sahur tak perlu terlalu berat. Fokus pada:

  • Bubur nasi lembut
  • Sup ayam dengan nasi lembik
  • Smoothie susu + kurma + pisang
  • Telur hancur (scrambled) yang lembut
  • Overnight oats
  • Roti lembut cicah sup

Konsepnya mudah:

  • Senang telan
    Tak perlu kunyah lama
    Padat tenaga

Kadang-kadang, minuman berkalori seperti susu penuh krim atau smoothie lebih efektif berbanding sepiring nasi yang tak habis. Kadang-kadang yang perlu diubah bukan selera anak tapi strategi kita waktu sahur. Semoga berjaya!

Baca juga: Neelofa Kongsi Menu Tahan Lapar Terutamanya Waktu Puasa, Ramai Dah Cuba & Beri ‘Feedback’ Positif!

Sumber: Instagram @dramalinamohddaud

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×