Euforia Bola 2026
Sihat

Lelaki Suka Letak Laptop Atas Riba? Hati-Hati, Anda Mungkin Sedang ‘Masak’ Kilang Zuriat Sendiri!

kesuburan lelaki

Wahai orang lelaki, pernah tak anda buat kerja atau menonton drama sambil baring di atas katil dengan laptop panas atas riba? Nampak remeh, tetapi tabiat ini sebenarnya boleh memberi kesan besar kepada kesihatan dan kesuburan lelaki!

Tanpa sedar, dengan melakukan satu kesilapan kecil ini, anda boleh ‘memasak’ kilang sperma mereka sendiri. Artikel ini akan bongkar fakta penting yang jarang diperkatakan, tetapi wajib lelaki ambil tahu.

Baca lagi: Pakar Saran Suami Makan Kacang Supaya Sperma ‘Padu & Melimpah’, Barulah Proses TTC Berjaya!

BAHAYA LELAKI LETAK LAPTOP DI ATAS RIBA, BOLEH MASAK ‘KILANG’ KESUBURAN LELAKI

kesuburan lelaki

Foto: freepik

Pernah terfikir kenapa Allah SWT mencipta testis lelaki tergantung di luar badan, tidak tersorok di dalam perut seperti ovari wanita? Jawapannya mudah tetapi sangat penting iaitu SUHU.

‘Kilang sperma’ lelaki sangat sensitif terhadap haba. Untuk menghasilkan sperma yang sihat, aktif dan berkualiti, testis memerlukan suhu sekitar 2 hingga 4 darjah Celsius lebih rendah daripada suhu badan normal. Sebab itulah testis berada di luar dan berfungsi seperti sistem penyejuk semula jadi.

Masalah mula timbul apabila laptop yang mengeluarkan haba tinggi daripada bateri dan pemproses diletakkan terus di atas paha. Keadaan ini boleh menyebabkan fenomena yang dikenali sebagai Scrotal Hyperthermia, iaitu peningkatan suhu di kawasan skrotum.

Dalam bahasa mudahnya, anda sedang ‘merebus’ kilang sperma sendiri tanpa sedar. Lebih-lebih lagi jika anda:

  • Main game berjam-jam
  • Siapkan tugasan kerja lama
  • Bekerja secara remote atas katil setiap hari

Apa Kesan Haba Terhadap Sperma?

kesuburan lelaki

Foto: freepik

Kajian perubatan mendapati kenaikan suhu skrotum sebanyak 1°C sahaja sudah cukup untuk mengganggu proses pembentukan sperma. Antara kesan jangka panjang yang boleh berlaku ialah:

  • Jumlah sperma menurun (Sperm count rendah)
  • Pergerakan sperma jadi lemah dan perlahan (Motility rendah)
  • Bentuk sperma tidak normal (Masalah morphology)

Inilah antara sebab kenapa semakin ramai pasangan muda hari ini berdepan masalah sukar mendapat zuriat walaupun kelihatan sihat. Rupa-rupanya, tabiat kerja harian suami juga boleh menjadi punca kesuburan terganggu. Tapi jangan panik dan anda tidak perlu buang laptop.

Apa yang penting ialah ubah cara penggunaan. Antara langkah mudah yang boleh diamalkan:

  • Gunakan meja ketika bekerja — ini pilihan paling selamat
  • Jika terpaksa guna atas riba, letakkan bantal tebal atau cooling pad sebagai pelapik
  • Elakkan dasar laptop bersentuhan terus dengan paha

Langkah ini nampak kecil, tetapi kesannya besar untuk jangka panjang.

Laptop rosak, boleh beli yang baru.
Tetapi “kilang benih” lelaki ini edisi terhad.

Sekali rosak, ia bukan semudah tukar ganti. Jadi, wahai lelaki.. kalau sayangkan zuriat dan masa depan keluarga, jaga suhu ‘kilang’ anda sebaiknya.

Baca juga: Kenali Warna Air Mani Normal & Tak Normal, Petanda Tahap Kesuburan Lelaki Kena Tahu

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×