Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap satu mesej Bantuan SARA yang mendakwa penerima layak menerima bantuan sekali bayar berjumlah RM300 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan akan dikreditkan ke dalam akaun Touch ’n Go.
Baca juga: Harga Emas Cecah RM645.85 Segram Hari Ini, Capai Paras Tertinggi & Pecah Rekod!
MESEJ BANTUAN SARA RM300 HANYA SCAM, JANGAN TERPEDAYA

Mesej berkenaan turut menggesa penerima supaya mengesahkan kelayakan dengan menekan satu laman web melalui pautan yang disertakan.
Gaya penulisan serta alamat URL dalam mesej tersebut direka seakan-akan komunikasi rasmi kerajaan bagi mengelirukan mangsa dan meningkatkan tahap kepercayaan.
Bagaimanapun, semakan mendapati pautan berkenaan bukanlah laman web rasmi kerajaan. Lebih membimbangkan, tindakan mengklik pautan tersebut dan memasukkan maklumat peribadi atau perbankan berisiko menyebabkan kecurian identiti serta kerugian kewangan.
“RM0 SARA: Bermula 1 Januari 2026, bantuan sekali bayar RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun bank Touch ’n Go anda. Sila sahkan kelayakan dan log masuk ke laman web rasmi untuk menghantar permohonan – Kementerian Kewangan (MOF).”
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar engabaikan sebarang SMS atau e-mel tidak diminta yang mendakwa menawarkan bayaran atau bantuan kerajaan.

Kredit: Freepik
Semakan hanya perlu dibuat melalui portal rasmi kerajaan seperti laman web Kementerian Kewangan. Selain itu, jangan sesekali memberikan maklumat perbankan atau peribadi kepada laman web tidak dikenali atau pautan pihak ketiga
Kes ini sekali lagi menjadi peringatan bahawa taktik penipuan semakin berleluasa, khususnya apabila diselaraskan dengan pengumuman bantuan atau inisiatif kerajaan bagi mengambil kesempatan ke atas orang ramai.
Orang ramai disarankan sentiasa peka dan tidak mudah terpedaya dengan mesej mencurigakan yang menggunakan nama bantuan kerajaan bagi tujuan penipuan.
Baca juga: PMX Umum Bantuan SARA Bulanan Dapat 9 Januari, STR 20 Januari, RM100 ‘One-Off’ 9 Februari!
