Berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia! Kerajaan mengumumkan Bantuan Penghargaan SARA Untuk Semua 2026, satu inisiatif khas berbentuk bantuan tunai RM100 secara sekali bayar (one-off) yang akan diberikan kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira latar belakang pendapatan.
Baca juga: JPJ Tidak Lagi Keluarkan Slip Cukai Jalan (Road Tax) Fizikal Mulai 1 Februari 2026, 100% Digital!
SARA UNTUK SEMUA 2026, DAH BOLEH SEMAK KELAYAKAN DAN TUNGGU BANTUAN

Foto: sara.gov
Bantuan Penghargaan SARA RM100 ini merupakan bantuan khas kerajaan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat, berbeza daripada bantuan bulanan SARA yang sedia ada. Menariknya, bantuan ini tidak terhad kepada golongan B40 sahaja, malah turut melibatkan M40 dan T20, menjadikannya antara bantuan paling inklusif pernah diperkenalkan.
Ia diberikan secara one-off dan tidak memerlukan sebarang permohonan, kerana kelayakan akan disemak secara automatik berdasarkan data kerajaan.
Tarikh Penting Yang Perlu Anda Tahu
– Semakan Kelayakan: 5 Februari 2026
– Tarikh Bayaran Bantuan: 9 Februari 2026
Bantuan RM100 ini akan mula disalurkan kepada semua penerima yang layak bermula tarikh tersebut. Secara ringkas, SEMUA rakyat Malaysia yang memenuhi syarat berikut layak menerima bantuan ini:
1. Warganegara Malaysia (Mempunyai MyKad yang sah)
2. Berumur 18 tahun ke atas (Lahir pada tahun 2008 atau sebelum)
Penerima STR Masih Layak? Jawapannya: YA, tetap layak. Jika anda merupakan penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah), anda akan:
– Terus menerima bantuan bulanan SARA (RM50 hingga RM200 sebulan)
– Dan tetap menerima RM100 one-off ini pada 9 Februari 2026
Ini bermakna bantuan ini tidak menjejaskan sebarang bantuan sedia ada. Pastikan anda semak kelayakan bermula 5 Februari 2026, dan jangan terlepas bayaran yang akan disalurkan tidak lama lagi.

#Kongsi info ini supaya lebih ramai tahu dan tidak terlepas bantuan yang disediakan.
Baca juga: Ramai Terkejut & ‘Ternganga’, Rupanya Gaji Maksimum Guru Malaysia Boleh Cecah RM30,000 Sebulan!
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
