Euforia Bola 2026
Asuh

Tular Bayi Jadi Mangsa Petua Karut, Ibu Calit Najis Pertama Di Kening Konon Untuk Hasil Lebat

petua karut

Sudah hampir ke penghujung tahun 2025, namun masih wujud segelintir masyarakat yang berpegang kuat kepada kepercayaan lama sehingga sanggup mengamalkan petua karut tanpa mengambil kira kesan kesihatan, khususnya melibatkan bayi yang baru dilahirkan.

Menerusi satu perkongsian tular di media sosial, seorang wanita dilihat masih mempercayai amalan lama, kononnya najis pertama bayi mampu melebatkan bulu kening.

Baca juga: Berat Mata Memandang Ujian Arisya Di Usia 3 Tahun, Hilang Sebelah Buah Pinggang Akibat Kanser

TULAR PETUA KARUT CALIT NAJIS PERTAMA BAYI DI KENING

petua karut

Tangkap layar video dari Ana Ica.

Tindakan itu dilakukan sebaik sahaja anaknya membuang air besar buat kali pertama, sebelum sisa najis daripada lampin pakai buang dicalit pada kedua-dua belah kening si kecil.

Perbuatan tersebut nyata mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Hal ini kerana, umum mengetahui sistem imun bayi yang baru lahir masih berada pada tahap lemah dan mudah terdedah kepada jangkitan kuman serta bakteria berbahaya.

Rata-rata warga maya menyuarakan rasa gusar terhadap keselamatan bayi berkenaan, memandangkan najis manusia berpotensi membawa pelbagai bakteria yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Lebih-lebih lagi, jika terkena kawasan sensitif seperti mata dan kulit wajah.

Baca juga: Pemuda Kongsi 24 Nama Bunga Alam Melayu Ilham Untuk Namakan Anak “Indahnya Setiap Maksud…”

petua karut

Tangkap layar video dari Ana Ica.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menyifatkan kepercayaan tersebut sebagai amalan lapuk yang tidak pernah dibuktikan secara saintifik, malah tidak pernah diajar dalam mana-mana silibus pendidikan.

Segelintir pengguna turut berharap ibu bapa masa kini lebih peka dan mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan berbanding mengikut petua turun-temurun yang tidak berasas.

Insiden ini sekali lagi membuka mata masyarakat bahawa tidak semua amalan lama wajar diteruskan, terutamanya apabila melibatkan kesihatan dan keselamatan golongan yang paling rentan seperti bayi.

Baca juga: Bukan Sekadar Jiran, Pak Cik Cina Prihatin Tanda Tangan ‘Report Card’ Anak Jiran Bangsa India..Siap Bayar Yuran PIBG

Sumber: Instagram @folkkonoha

FT Image: : Instagram @folkkonoha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×