Euforia Bola 2026
Famili

Aktiviti Selepas Graduasi Jadi Tragedi, Budak 5 Tahun Ditemui Tidak Sedarkan Diri Dalam Kolam

LEMAS MANDI KOLAM

Kesedihan jelas terpancar pada wajah Noor Muhamad Asun, 46, ketika mengenang detik terakhir bersama anak bongsunya yang meninggal dunia selepas lemas mandi kolam dan ditemui tidak sedarkan diri di Lenggeng, Sabtu lalu.

Insiden lemas mandi kolam kira-kira jam 12.15 tengah hari itu berlaku ketika Nur Dhiya Azzalea Noor Muhamad, 5, sedang mandi bersama rakan-rakan di kolam sebuah rumah kelab, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Baca juga: Che Nom Diusir Dari Kafe Di Switzerland, Anak Dengan Sindrom Motor Tick Jadi Punca.. “Pemilik Kafe Ingat Dia Demam”

BUDAK 5 TAHUN LEMAS MANDI KOLAM SELEPAS MAJLIS GRADUASI

LEMAS MANDI KOLAM

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sejurus tamat majlis graduasi Tabika KEMAS yang diadakan di lokasi sama.Menurut Noor Muhamad, ketika insiden berlaku dia berada di tempat kerja, manakala isterinya bersama dua lagi anak termasuk mangsa berada di kawasan program.

“Saya terasa sangat kehilangan dia. Dia seorang anak yang manja suka peluk saya dan suka bergurau dengan saya di dapur tapi sekarang, semua itu dah tiada. Macam semalam bila dia tiada, saya rasa sunyi sangat,” luahnya.

Pengerusi Tabika KEMAS terlibat, Habualwazie Bujang, berkata kejadian itu mengejutkan semua yang masih berada di kawasan rumah kelab kerana berlaku ketika sebahagian ahli jawatankuasa sedang mengemas selepas majlis berakhir.

Menurutnya, aktiviti mandi tidak termasuk dalam atur cara rasmi majlis dan kebanyakan ibu bapa sudah meninggalkan lokasi sebelum kejadian.

“Kejadian itu berlaku selepas berakhirnya majlis graduasi seramai 24 murid tabika kami dan aktiviti mandi bukan sebahagian daripada atur cara yang dianjurkan di rumah kelab berkenaan. 

“Waktu itu kebanyakan ibu bapa sudah pulang melainkan barisan AJK yang sedang berkemas di dewan, manakala ada anak-anak sedang mandi di kolam sambil diawasi ahli keluarga masing-masing,” jelasnya.

LEMAS MANDI KOLAM

Namun, menurutnya, suasana yang pada mulanya tenang bertukar cemas apabila mereka menyedari kejadian itu berlaku secara mengejut. Seorang ahli jawatankuasa yang juga jururawat segera memberi bantuan pernafasan kepada kanak-kanak tersebut sementara menunggu ketibaan ambulans.

Dia berkata, ketika bantuan diberikan, keadaan mangsa sudah tidak menunjukkan sebarang respons sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar.

Habualwazie menambah bahawa pihaknya amat berduka dengan kehilangan itu dan enggan mengulas lanjut kerana perkara masih sensitif.

Jenazah Nur Dhiya Azzalea selesai menjalani proses bedah siasat sekitar jam 11.50 pagi sebelum dibawa ke Mantin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8.

Baca juga: Jangan Salah Duduk! Kedudukan Tempat Dalam Kereta Ini Boleh Selamatkan Nyawa Anda – Pakar

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×