Euforia Bola 2026
Famili

Kejayaan Paling Sayu, Kanak-Kanak Bertemu Ibu Di Luar Tingkap Penjara Sambut Graduasi Tadika

majlis graduasi

Majlis graduasi lazimnya menjadi detik yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa tidak kira semasa tadika ataupun di universiti. Ini merupakan momen penuh kebanggaan sebagai penghargaan atas usaha dan pencapaian anak.

Namun, bagi seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Filipina ini, kenangan manis itu hadir dalam suasana yang jauh berbeza dan membuatkan orang ramai sebak.

Baca juga: “Anak Bawah Lengan Suami…”– Detik Hiba Ibu Temui Suami & Bayi TIDAK BERNYAWA Dalam Rumah

SAMBUT MAJLIS GRADUASI BERSAMA IBU DI LUAR TEMBOK PENJARA, UNDANG SEBAK

majlis graduasi

Tangkap layar video.

Berdasarkan perkongsian video yang tular, selepas tamat majlis graduasi tadika, si kecil tersebut tidak pulang untuk diraikan seperti rakan-rakan lain. Sebaliknya, dia terus menuju ke Penjara Bandar Cabadbaran di Mindanao, semata-mata untuk bertemu ibunya yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

Ditemani ibu saudaranya yang menjadi penjaga, kanak-kanak tersebut berdiri di luar tembok penjara, lengkap dengan jubah dan topi graduasi. Dari tingkat dua bangunan penjara, si ibu hanya mampu menghulurkan tangan melalui celahan jeriji besi kerana itulah satu-satunya cara untuk ‘berkongsi’ detik istimewa bersama anaknya.

Anak kecil pula berdiri di bawah, mencari sudut terbaik agar wajahnya dapat dilihat jelas oleh ibunya. Momen penuh emosi itu dirakam dan dikongsikan di media sosial oleh ibu saudara kanak-kanak berkenaan, yang juga merupakan kakak kepada banduan tersebut.

Ibu Bukan Penjenayah Sebenar

majlis graduasi

Menurut laporan portal antarabangsa, si ibu yang kini berusia 27 tahun bukanlah sasaran utama dalam kes serbuan dadah pada tahun lalu. Dia hanya kebetulan berada di lokasi ketika serbuan dijalankan, namun tetap ditahan dan telah menjalani hukuman selama 10 bulan di bawah seliaan Biro Pengurusan dan Penjara (BJMP).

Ketika ditanya mengapa majlis graduasi tidak diadakan di dalam penjara, ibu saudara itu menjelaskan bahawa kekangan kewangan menjadi penghalang utama.

“Kalau ada bajet makanan, mungkin kami boleh masuk ke dalam. Tapi biasanya kami hanya bercakap sekejap dari luar, melalui tingkap,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam serba kekurangan, ibu saudara itu tetap cekal memainkan peranan sebagai penjaga sementara. Dia berusaha sedaya upaya memberikan sokongan emosi dan fizikal kepada anak saudaranya, agar si kecil itu tidak berasa kehilangan sepenuhnya kasih seorang ibu.

Kisah ini bukan sahaja menyentuh hati, tetapi turut membuka mata masyarakat tentang realiti yang dihadapi oleh keluarga banduan khususnya anak-anak yang tidak bersalah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MS News (@mustsharenews)

Baca juga: Tragedi Bun*h Guru, Remaja Naik Angin DIPAKSA Belajar Jadi Punca Habiskan Nyawa Ibu & Abang

Sumber: IG @mustsharenews

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×