Euforia Bola 2026
Asuh

5 Tip Ibu Ayah Wajib Buat Untuk Lindung Bayi Di Musim Hujan & Dalam Banjir, Semoga Sihat & Selamat!

musim hujan

Musim hujan pastinya satu rahmat selepas panas terik, namun bersamanya juga datang pelbagai cabaran seperti jangkitan kuman, kelembapan, gigitan serangga dan ancaman nyamuk.

Ketika musim hujan, penyakit seperti denggi, malaria, jangkitan berkaitan kelembapan dan khususnya penyakit bawaan air sering meningkat. Jadi, penjagaan rapi bayi amat diperlukan oleh ibu.

Baca juga: Pentingnya Rakam Anak Kena Sawan, Tapi Lelaki Ini Tak Setuju & Dikritik Bagi Idea Masuk Paracetamol Ke Punggung!

5 TIP LINDUNGI BAYI SEMASA MUSIM HUJAN

musim hujan

Gambar hiasan: Mom Fuse

Baru-baru ini, Malaysia turut dikejutkan dengan beberapa kejadian ibu terpaksa bersalin dalam banjir.

Insiden-insiden seperti inilah membuatkan kita lebih tersedar bahawasanya musim hujan bukan sekadar tentang sejuk dan nyaman, tetapi juga tentang bersedia, berjaga-jaga dan melindungi insan paling kecil dalam keluarga.

Berpandukan tip kesihatan oleh doktor kehamilan di Aurangabad, berikut ialah 5 panduan utama untuk ibu dan ayah melindungi bayi ketika musim hujan.

1. Pastikan bayi sentiasa kering dan bersih

  • Kelembapan menyebabkan bayi mudah berpeluh, jadi lap badan bayi dengan kerap.
  • Mandikan bayi setiap hari, jika boleh dua kali sehari.
  • Beri perhatian pada bahagian lipatan yang memerangkap lembap seperti bawah ketiak, leher, bahagian sulit dan lipatan kulit lain
  • Gunakan sabun atau cecair antiseptik atau disinfektan yang lembut ketika mandi untuk membantu membunuh kuman.
  • Potong kuku bayi secara berkala.
  • Bukan bayi sahaja perlu bersih, penjaga juga mesti kering, bersih dan menjaga kebersihan diri untuk elakkan pemindahan kuman kepada bayi.

2. Pakaian bayi yang selesa dan sesuai

  • Cuaca musim hujan berubah-ubah (panas, lembap dan sejuk), maka pemakaian yang sesuai dan selesa sangat penting.
  • Pilih pakaian yang longgar, kering, selesa, berlengan panjang dan diperbuat daripada kapas (cotton).
  • Jika suhu semakin sejuk, selimut kapas, jaket musim panas atau summer jacket boleh digunakan untuk menutup badan bayi.

3. Kebersihan air dan makanan

  • Air mudah tercemar ketika monsun, jadi guna air bertapis dan sudah dimasak sahaja untuk bayi.
  • Masak air sekurang-kurangnya 3 minit, kemudian sejukkan sebelum digunakan untuk bancuhan susu formula dan minum bayi.
  • Bayi yang menyusu badan tidak memerlukan air tambahan walaupun banyak berpeluh, pastikan bayi disusukan sekerap yang diminta serta makanan yang diberi bersih dan segar.
  • Pastikan semua makanan bayi sentiasa bertutup.
  • Cuci bersih semua buah dan sayur sebelum digunakan.
  • Makanan cepat rosak dalam cuaca lembap, jadi periksa dulu sebelum beri dan utamakan makanan baharu dimasak.

Baca juga: [VIDEO] “Penatlah Baik M*ti…” Murid Darjah 1 Teresak-Esak Luah Pada Ibunya Ekoran Penat Dibuli Di Sekolah!

musim hujan

Gambar hiasan: Freepik

4. Perlindungan dari virus, selsema dan flu

  • Susu ibu dan diet seimbang adalah ‘perisai’ terbaik untuk kuatkan imuniti bayi.
  • Elakkan bawa bayi ke tempat sesak untuk kurangkan risiko jangkitan.
  • Amalkan rutin mencuci tangan bayi dan penjaga sekerap mungkin, serta sanitasi jika perlu.
  • Jauhkan bayi dari individu yang mengalami jangkitan virus, selsema, batuk dan influenza.
  • Dapatkan nasihat doktor jika ingin beri vaksin flu untuk bayi atau keluarga.

5. Perlindungan dari serangga dan nyamuk

  • Pakaikan bayi dengan baju berlengan panjang supaya kulit terlindung.
  • Gunakan semburan penghalau nyamuk di bilik bayi.
  • Jika perlu, ibu juga boleh sapu krim penghalau nyamuk yang diluluskan untuk pediatrik dan tampal patch penghalau nyamuk.
  • Tutup katil bayi dengan kelambu ketika mereka tidur.

Pesanan buat semua ibu ayah

Musim hujan memang masa yang buat kita rindu pada teh panas, angin sejuk dan bau tanah basah. Tapi untuk bayi, hujan itu kita sambut dengan dua tangan iaitu satu tangan memeluk dan satu tangan melindungi.

Kalau pun satu hari nanti, kita terperangkap dalam situasi tak terduga seperti banjir atau kecemasan semasa monsun, pastikan kita sudah bersiap lebih awal kerana ibu ayah yang berjaga-jaga adalah perisai pertama buat anak kecil.

Jaga diri, jaga bayi dan nikmati hujan sebagai rahmat tanpa rasa bimbang. Semoga berguna!

Baca juga: Cekak Pinggang Pun Tak Jalan, Doktor Ajar 5 Cara Didik Anak Lelaki Supaya Patuh Dengar Arahan

Sumber: Endoworld Hospital

FT Image: The Gifted Flow / Rwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×