Musim hujan yang sedang melanda negara sekarang bukan sahaja menyebabkan cuaca menjadi lebih sejuk, malah turut memberi kesan kepada tubuh badan dan sistem penghadaman kita. Ramai tak perasan, ada beberapa jenis makanan berangin seperti buah dan sayur yang sebenarnya kurang sesuai dimakan.
Hal ini kerana, makanan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan perut. Bukan bermaksud tak boleh makan langsung, tetapi elok dikurangkan supaya badan kita lebih stabil sepanjang musim hujan ini.
Baca juga: Setiap Malam Kentut Macam ‘Melepas Bom’, Ingatkan Normal Rupanya Badan Cuba Beri Amaran!
10 JENIS MAKANAN BERANGIN DALAM BENTUK BUAH & SAYUR KENA ELAK MAKAN SEMASA MUSIM HUJAN

Foto: freepik
Jom lihat senarai 10 jenis buah dan sayur yang disarankan untuk dielakkan atau dihadkan:
1. Kubis
Kubis memang terkenal sebagai sayur berangin. Ketika musim hujan, ramai yang lebih mudah rasa kembung atau tidak selesa perut, jadi pengambilan kubis berlebihan boleh mengganggu sistem penghadaman dan menyebabkan angin bertambah.
2. Timun
Walaupun menyegarkan, timun bersifat sejuk. Cuaca yang sudah sejuk ditambah makanan bersifat cold nature boleh membuatkan badan rasa lemah, menggigil atau kurang selesa.
3. Brokoli
Brokoli juga tinggi kandungan serat yang agak sukar dicerna bagi sesetengah orang ketika cuaca lembap. Brokoli boleh menyebabkan perut berbunyi, penuh angin dan mudah cirit-birit.
4. Terung (Semua Jenis)
Terung panjang atau bulat, dua-duanya cenderung menyebabkan angin. Jika perut anda jenis sensitif, lebih baik kurangkan dulu makan terung sewaktu musim hujan.
5. Sawi (Apa-apa Jenis)
Sawi hijau, sawi putih, sawi kerinting… semuanya bersifat sejuk dan berangin. Sawi mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut, terutama bagi ibu mengandung atau individu yang ada masalah gastrik. Tapi, kalau ‘Park Choy’ boleh dimakan.
6. Kailan
Walaupun kaya dengan khasiat, kailan juga berada dalam kategori sayur berangin. Jika anda jenis mudah kembung, elakkan buat sementara waktu.
7. Tembikai
Ini yang paling ramai tak sangka! Tembikai sangat sejuk pada badan, oleh itu ketika musim hujan kalau pegambilannya berlebihan, anda berisiko badan masuk angin, cirit-birit atau perut memulas.
8. Nanas
Nanas bersifat ‘tajam’ dan boleh menyebabkan iritasi pada perut ketika musim hujan. Individu yang ada masalah penghadaman disarankan berhati-hati.
9. Buah Naga (Merah & Putih)
Buah naga dikategorikan sebagai buah sejuk. Bila dimakan ketika cuaca lembap dan hujan, buah ini boleh membuatkan badan rasa lemah atau perut menjadi tidak stabil.
10. Anggur
Anggur bersifat sejuk dan berair terutamanya anggur Shine Muscat. Jika dimakan banyak ketika musim hujan, ada risiko perut cepat memulas dan badan jadi kurang selesa.
Jadi, apa yang lebih sesuai dimakan ketika musim hujan? Makanan atau buah yang warm nature lebih elok, seperti:
- Halia
- Kurma
- Sup panas
- Pisang
- Epal
- Buah oren
Makanan ini membantu memanaskan badan, mengurangkan angin dan menstabilkan sistem penghadaman.

Foto: freepik
Kesimpulannya, boleh makan, tapi berpada-padalah. Kalau badan kita sihat, barulah anak-anak pun terjaga dan kerja harian lebih lancar!
Baca juga: Ramai Terkejut! Ini Sebab Hospital LARANG Pelawat Bawa Bunga Segar Untuk Pesakit Terutamanya Kanser
Sumber: Tiktok @Cikgu Urut, Instagram
