Euforia Bola 2026
Didik

Hebat! Anak Perempuan Bell Ngasri Dipilih Jadi Ikon Khalifah 2025, Siap Bawa Pulang 2 Lagi Anugerah!

bell ngasri

Pelakon dan pelawak terkenal, Bell Ngasri sekali lagi mencuri perhatian netizen dan kali ini bukan kerana lawaknya, tetapi kerana kejayaan anak perempuannya yang benar-benar membanggakan.

Dalam satu majlis penuh gilang-gemilang di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini, anak Bell, Nasfarisya Nasrizal, diumumkan sebagai Ikon Khalifah Perempuan 2025!

Baca juga: Dari 4A Ke Straight A, Pelajar Ini Dedah 26 YouTube Channel Boleh Bantu ‘Naik Mendadak’ Dalam SPM!

ANAK PEREMPUAN BELL NGASRI DIPILIH JADI IKON KHALIFAH 2025

bell ngasri

Foto: Instagram @bellngasriofficial

Dalam perkongsian video di laman Instagram tersebut, dapat dilihat sebaik sahaja namanya dipanggil, reaksi terkejut Nasfarisya yang dirakam membuat ramai tersentuh ketika menontonya.

Tidak setakat itu, Nasfarisya turut membawa pulang dua lagi anugerah lain, menjadikan pencapaian hari tersebut bertambah manis.

“Alhamdulillah, tiga anugerah untuk hari ini,” kongsi ibu saudaranya, Datin Anne Ngasri, dengan penuh syukur.

Bell ‘naik pentas sekali’, buat penonton terhibur

bell ngasri

Foto: Instagram @bellngasriofficial

Momen yang paling mencuit hati ialah apabila Bell secara spontan naik ke pentas untuk menyokong anak kesayangannya. Aksi itu bukan sahaja menghiburkan, tetapi menunjukkan betapa kuatnya sokongan seorang ayah.

Bell turut meluahkan rasa bangga menerusi media sosial miliknya.

“Tahniah kakak untuk anugerah tertinggi sekolah… Ikon Khalifah 2025. Syukur nikmat Allah. Saya pun naik pentas sampai orang ingat saya pun pelajar. Terima kasih kakak, banggakan mama dan baba,” tulisnya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah ruangan komen turut dihujani ucapan tahniah dan pujian daripada ramai yang kagum dengan cara Bell memberi semangat kepada anak-anaknya. Malah, ramai yang mengatakan bahawa raut wajah Bell tidak berubah dari dahulu sehingga sekarang.

“Tahniah kakak. Semoga terus sukses. Dah nampak aura penyambung legasi baba..”– netizen.

“Ini kalau di luar, orang ingat abang adik. Bell tak makan usia!”- netizen.

“Masalahnya, muka Bell dari kecil sampai sekarang sama saja… tak tua-tua!”– netizen.

Kisah kejayaan Nasfarisya ini bukan sekadar tentang anugerah, tetapi juga bukti bahawa sokongan ibu bapa mampu menjadi kekuatan terbesar untuk anak melangkah lebih jauh. Seronok tengok kejayaan anak-anak sebegini!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

Baca juga: “Rezeki Manis Penghujung Tahun”- 3 Anak Fizz Fairuz & Almy Nadia Raih Anugerah Cemerlang, Buat Hati Ibu Ayah Berbunga!

Sumber: Instagram @bellngasriofficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×