Ramai dalam kalangan ibu bapa hari ini menyimpan harapan agar anak-anak mereka membesar dengan jiwa yang cintakan agama. Tapi ada yang anggap keperluan untuk didik anak minat agama ini perlu menjadi seorang ustaz atau ustazah, barulah layak.
Salah sebenarnya persepsi sebegini. Sebenarnya untuk tanam cinta terhadap agama dalam hati anak, kita tak perlu jadi pakar. Cukup dengan menjadi contoh yang baik dengan menggunakan cara-cara realistik yang disenaraikan di bawah.
Baca juga: “Arwah Anak Sulung Harapan Keluarga..”- Siswi UUM Maut Dihimpit Bas Kampus, Kecederaan Jantung
7 CARA DIDIK ANAK MINAT AGAMA, INSYALLAH SUSAH ‘TERPESONG’

Foto: Freepik
1. Jadilah ‘contoh hidup’ yang pertama
Anak-anak belajar melalui pemerhatian. Cara kita solat, cara kita bercakap bila marah, cara kita minta maaf, semuanya jadi buku rujukan mereka tentang agama. Kalau kita suka merungut atau cepat mengamuk, susah anak nak nampak nilai Islam yang sebenar. Tapi bila kita sabar, tenang, jaga solat dan zikir, anak akan ikut secara semula jadi, tanpa perlu disuruh banyak kali.
2. Cerita tentang Allah dalam bahasa yang mudah dan mesra
Jangan guna bahasa berat atau menakutkan seperti “Kalau tak solat, masuk neraka!”. Sebaliknya, guna bahasa yang lembut dan menggembirakan hati anak:
“Allah sayang adik sebab adik tolong ibu”
“Cantiknya awan tu kan? Allah yang cipta”
Anak kecil tak perlu tahu semua hukum dulu, tapi cukup mereka kenal Allah sebagai Pencipta yang penuh kasih dan sayang.
3. Libatkan anak dalam aktiviti keagamaan
Bukan sekadar ibu bapa sahaja buat dan tengok tapi libatkan anak-anak juga. Contohnya:
– Ajak bentang sejadah sama-sama
– Minta anak pegang botol air untuk wuduk
– Suruh dia letakkan duit dalam tabung masjid.
Aktiviti kecil ini tanam rasa “aku sebahagian daripada ibadah” dan bukan hanya penonton. Anak rasa agama itu milik mereka juga, bukan milik orang dewasa semata-mata.
4. Peluk dan doakan anak dengan jelas
Waktu peluk anak, selitkan doa dan sebut dengan kuat dan jelas. Contoh:
“Ya Allah, jadikan anak ibu orang yang cintakan solat”
Anak akan rasa dihargai dan dilindungi dan lama-kelamaan, mereka sendiri akan belajar mendoakan diri mereka. Pelukan itu bukan hanya fizikal, tapi secara rohani dapat meninggalkan bekas dalam jiwa anak.
5. Jangan hukum sebelum faham
Kalau anak ‘degil’ solat atau tak mahu mengaji, jangan terus marah. Tanyakan dulu:
“Sayang tak nak solat sebab penat ke? Tak faham ke?”
Ada masanya anak hanya perlukan pelukan dan penerangan. Kita tak mahu agama jadi sesuatu yang mereka takut, tapi sesuatu yang mereka faham dan suka. Bila anak rasa difahami, mereka lebih mudah dibimbing.
6. Selalu doakan anak ketika waktu strategik
Gunakan waktu yang ‘powerful’ untuk berdoa contohnya:
– Sejurus selepas solat
– Waktu hujan turun
– Saat anak tidur dan kita usap kepala mereka
– Di depan Kaabah (kalau berpeluang)
Tak perlu doa panjang. Yang penting, ikhlas dan konsisten seperti “Ya Allah, lembutkan hati anakku untuk mencintai agama-Mu.”
7. Gunakan Lagu & Media Positif
Anak cepat tangkap mesej melalui lagu, video dan aktiviti interaktif seperti:
– Lagu zikir atau nasyid kanak-kanak
– Video pendek yang seronok dan ada nilai Islamik
– Mainan atau kad permainan bertema agama (contohnya, kad doa harian)

Foto: AI
*Semoga ibu bapa berjaya didik anak cintakan agama!
Baca juga: “Tulis Pengalaman Paling Teruk Awak Pernah Dibuli”- Lelaki Ini Kongsi Surat Luahan Mangsa Buat Netizen Sebak
Sumber: Tiktok @soowhatdha
