Ramai orang sebenarnya tak sedar mereka ada hak untuk menuntut bayar hutang kecil termasuk hutang kawan, hutang bisnes, atau bayaran tertunggak secara sah di Mahkamah Majistret tanpa perlu upah peguam pun.
Ya, proses ini memang wujud dan sangat mesra orang awam. Ia dipanggil Tuntutan Kecil atau Small Claims Procedure, khusus untuk tuntutan di bawah RM5,000.
Baca juga: Ramai Baca Surah Al-Waqiah, Tapi Tak Tahu Cara Amal Ayat 74 & 96 Jadi RAHSIA Anda Cepat Kaya Raya!
CARA TUNTUT BAYAR HUTANG BAWAH RM5,000 DI MAHKAMAH, ORANG TAK BOLEH LARI!

Foto: freepik
Lebih menarik, kos pemfailan hanya sekitar RM20. Sangat berbaloi untuk sesiapa yang dah penat asyik ‘dihantu’ janji nak bayar tapi tidak pernah menjadi kenyataan.
Apa itu Tuntutan Kecil (Small Claims)? Tuntutan kecil adalah proses ringkas di Mahkamah Majistret bagi membantu orang awam menuntut hutang kecil tetapi penting, tanpa perlu peguam dan tanpa kos mahal. Ini sesuai kalau anda:
- Dah banyak kali minta bayar tapi tak dilayan
- Nak selesaikan isu hutang dengan cara rasmi & sah
- Perlukan keputusan bertulis daripada mahkamah untuk tindakan lanjut
Cara untuk tuntut hutang ini di mahkamah:

Foto: freepik
1. Pergi ke Mahkamah Majistret & Isi Borang 198
Ini borang rasmi untuk memulakan tuntutan. Selepas isi, buat bayaran pemfailan lebih kurang RM20.
2. Serahkan Borang Tuntutan Kepada Penghutang
Ada 2 cara:
- Serah tangan, atau
- Pos berdaftar
- Paling penting: mesti ada bukti penerimaan. Jika tiada bukti, kes tidak boleh diteruskan.
3. Hadir ke Mahkamah Pada Tarikh Yang Ditetapkan
Dua situasi boleh berlaku:
1. Penghutang hadir
Mahkamah akan jalankan perbicaraan ringkas atau bantu cari penyelesaian.
2. Penghutang tak hadir
Mahkamah boleh keluarkan Penghakiman Ingkar, iaitu keputusan automatik memihak kepada anda.
Bagaimana pula kalau sudah menang tetapi penghutang tetap tidak bayar? Jangan risau, penghakiman mahkamah adalah dokumen rasmi. Anda boleh teruskan tindakan Enforcement of Judgment, antaranya:
- Bekukan akaun bank penghutang
- Sita aset atau barang berharga
- Tindakan penguatkuasaan lain di bawah undang-undang
Ini bukan ugutan, ini hak sah anda. Kalau dah berjanji untuk bayar, wajib lunaskan.
Baca juga: “Jangan Suruh Ambil EL!”- Staf Ada Cuti ‘Khas’ Untuk Bencana Alam Termasuk Banjir, Ini Borangnya..
Sumber: Tiktok @khalilmdrofiee
