Euforia Bola 2026
Famili

Dah 4 Tahun Berhutang Tapi Masih Ingat Nak Bayar, “Kan Bagus Kalau Ramai Macam Ini”

peminjam hutang

Baru-baru ini, satu kisah perkongsian daripada Aina Suhaimi menarik perhatian ramai di media sosial apabila dia menceritakan tentang seorang peminjam hutang dari ‘syurga’.

Cerita ini muncul di sebalik gelombang luahan netizen tentang peminjam hutang yang liat membayar, malah ada yang sanggup meninggikan suara kepada pemberi pinjam.

Baca juga: Anak Aziz M Osman, Ara Aziz Masuk Universiti Umur 15 Tahun, “Ini Bukan Biasa-Biasa, Hebat”

PEMINJAM HUTANG DARI SYURGA, 4 TAHUN BERLALU TAPI MASIH BAYAR

peminjam hutang

Menurut Aina, kisah ini berlaku kira-kira empat tahun lalu, ketika DIA masih bergelar pelajar tahun akhir di universiti. Seorang juniornya mengadu telah terlanggar kereta dan diminta untuk membayar ganti rugi.

Jumlah yang diminta agak tinggi, Aina hanya mampu membantu dengan memberi RM500, walaupun dia sendiri masih belajar ketika itu. Namun niatnya ikhlas dan memberi pesanan bahawa boleh membayarnya setelah wanita berkenaan mendapat pekerjaan.

“Teringat cerita 4 tahun lepas, ada junior mengadu dia terlanggar kereta orang dan orang itu minta ganti rugi. Sebenarnya yang diminta itu lebih, tapi saya cuma mampu bantu RM500 sahaja. Kami berdua sama-sama masih bergelar pelajar ketika itu. Saya di tahun akhir degree dan junior saya baru masuk degree. Saya cuma cakap “tak apa, bayar time dah kerja nanti.

peminjam hutang

Freepik (Sekadar gambar hiasan)

“Sepanjang tempoh 4 tahun itu saya tak pernah tanya dah kerja ke belum. Saya meletakkan kepercayaan yang tinggi dekat junior saya sebab kami hafaz al-Quran sama-sama. Sampai bulan Jun hari itu dia mesej bagitahu dah mula kerja mengajar di sebuah pusat tahfiz, siap bagi duit lebih lagi sebagai hadiah. Kan bagus kalau semua peminjam ada akhlak sebegini,” tulis Aina.

Aina turut menasihatkan golongan peminjam hutang di luar sana agar jangan ambil ringan soal hutang. Jika kita berat untuk membayar di dunia, bayangkan betapa beratnya hisab di akhirat kelak.

Namun untuk mereka yang sedang berusaha membayar, walaupun perlahan-lahan, semoga Allah permudahkan. Sesungguhnya Allah tahu siapa yang benar-benar berniat untuk melangsaikan hutang.

Baca juga: Pelakon Afifah Nasir Selamat Melahirkan Anak Sulung, Nama Syed Armand Mateen Jadi Pilihan

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×