Euforia Bola 2026
Famili

Mini TokTi! Mekap & Gaya Persis Biduanita Negara Buat Murid Darjah 1 Menang Pertandingan ‘Tiru Tokoh’

biduanita negara

Dalam usaha memupuk keyakinan diri dan kreativiti sejak usia muda, banyak sekolah kini tampil dengan program menarik dan antara yang mendapat perhatian baru-baru ini ialah sebuah pertandingan ‘Jejak Inspirasi Tiru Tokoh’ yang menyaksikan murid-murid meniru ikon pilihan mereka seperti Biduanita Negara.

Benar-benar mencuri tumpuan ialah seorang murid Tahun Satu yang tampil persis Datuk Seri Siti Nurhaliza! Bukan sahaja lengkap dengan gaya, solekan dan kostum yang menyerupai penyanyi tersohor itu, malah keberaniannya menyanyi di atas pentas membuatkan penonton terpukau.

Baca juga: [VIDEO] Hasilkan Potret Siti Nurhaliza Pula Guna Rubik Cube, Dah 1 Juta Tontonan!

Awalnya Malu, Akhirnya Jadi Johan ‘Tiru Tokoh’ Mirip Biduanita Negara!

biduanita negara

Foto: Threads @saranasrudin

Menurut perkongsian ibunya di Threads, si cilik tersebut pada mulanya sangat malu dan enggan naik ke pentas walaupun sudah siap berhias.

“Dia cakap malu… saya pujuk, saya kata bayangkan ibu ada depan dan nyanyikan untuk saya sebab itu lagu kegemaran saya,” kongsi ibunya, @saranasrudin.

Kata-kata semangat itu benar-benar mengubah mood anak kecil itu. Jadi, dengan penuh keyakinan, dia akhirnya berdiri seorang diri di tengah pentas dan menyampaikan lagu “Menamakanmu Cinta”, sekaligus menghidupkan suasana dewan dengan sorakan gemuruh seperti berada di Stadium Bukit Jalil.

Persembahan luar biasa itu bukan sahaja mengejutkan para penonton, malah guru-gurunya turut kagum melihat tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh murid berusia tujuh tahun tersebut.

“Cikgu pun tak sangka anak darjah satu berani nyanyi atas pentas seorang diri. Good job, kakak… we love you,” tulis ibunya dengan penuh rasa bangga.

Ternyata, keberanian dan usaha si kecil itu akhirnya melayakkannya menjadi johan pertandingan dan hadiah ini pastinya akan menjadi kenangan terindah buat keluarga.

Pengurus Siti Nurhaliza Pun Tinggalkan Komen!

biduanita negara

Foto: Threads @saranasrudin

Apa yang menjadikan kisah ini lebih manis adalah perkongsian tentang persembahan murid comel itu turut menarik perhatian Rozi Abdul Razak (Rozi Sang Dewi), yang merupakan pengurus peribadi Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak dari awal kemunculan beliau.

“Tahniah, belajar rajin-rajin tau!” tulisnya.

Aktiviti sebegini bukan sekadar pertandingan kostum atau hiburan semata-mata. Ia membantu:

  • Mencungkil bakat seni kanak-kanak
  • Membina keyakinan diri
  • Mengasah kemahiran komunikasi
  • Serta melatih kreativiti sejak usia muda

Jika program seumpama ini diteruskan, tidak mustahil sekolah mampu melahirkan generasi baharu yang berbakat dan berani tampil ke hadapan. Tahniah adik!

Baca juga: “Takpe Ibu Jumpa Allah Banyak Kali”- Warga Maya Kongsi Gambar Anak Ganggu Solat, Ada Yang Jadi Ultraman!

Sumber : Threads @saranasrudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×