Euforia Bola 2026
Inspirasi

Tular Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat Istimewa, Ramai Terharu Tengok Momen Cium Pipi!

rendah diri

Bukan sekadar terkenal sebagai Biduanita Negara, Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi membuktikan kebesaran hatinya apabila tular sebuah video yang menunjukkan sikap rendah diri dan penyayangnya ketika menyantuni peminat istimewa.

Video tersebut dirakam sewaktu Siti Nurhaliza menghadiri acara di Singapore Expo bagi mempromosikan jenama kosmetiknya, SimplySiti.

Baca juga: Pemuda Kelantan Hasilkan Potret Putera Mahkota Brunei Dihiasi Emas & Swarovski, Dapat Persembahkan Sendiri Kepada Baginda

SIKAP RENDAH DIRI SITI NURHALIZA TERIMA PUJIAN

rendah diri

Interaksi manis bersama peminat istimewa

Dalam rakaman itu, Siti yang mesra disapa Tokti kelihatan anggun mengenakan persalinan hitam. Seorang wanita pertengahan umur yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran menghampirinya, dan interaksi yang berlaku benar-benar menyentuh hati.

Tanpa sebarang kekok, Tokti berkomunikasi dengan peminatnya menggunakan bahasa isyarat mudah sambil mengekalkan senyuman manis yang tidak lekang dari bibirnya.

Wanita tersebut jelas teruja dan gembira dapat bertemu idola kesayangannya secara bersemuka. Momen paling mengharukan adalah apabila peminat itu memeluk Tokti, dan pelukan itu dibalas dengan penuh keikhlasan.

Baca juga: “Dia Cuma Ada Saya..”- 10 Tahun Adik Lumpuh, Kakak Sulung Ini Cekal Pegang Amanah Arwah Ibu & Ayah

rendah diri

Sikap rendah diri yang dicontohi ramai

Tindakan TokTi itu mendapat pujian melambung daripada warga maya. Mereka memuji beliau bukan sahaja hebat sebagai penyanyi nombor satu negara, tetapi juga mempunyai hati yang mulia dan rendah diri.

Antara komen orang ramai,

  • “Arwah mak saya pun macam ini. Mak tanya, ‘Siti, macik nak peluk cium boleh. Siti wangi sangat, cantik sangat.’ TokTi terus peluk arwah mak. Sebulan pun mak ulang cerita Siti peluk dia.”
  • “Hari ini pun ada peminat istimewa, anak bersama ibu. Rasa sayu, tapi bangga bila Kak Iti menyantuni insan yang kelainan upaya. Sedayanya dia cuba merapati.”
  • “Jujurnya, saya kagum dengan Siti. Kekal rendah diri dari dulu hingga kini.”
  • “Dato’ Siti memang baik. Jumpa semasa konsert, layan peminat dengan sopan dan sporting. Betul-betul layanan A fan service.”

“Kenapa kita sebak ini? Baik sangat ya Allah, figura Siti Nurhaliza. Tidak hairan acik-acik pun sayang beliau.”

Ini bukan kali pertama Siti Nurhaliza mencuri tumpuan dengan sikap mesranya terhadap peminat, terutamanya golongan istimewa. Sikap rendah diri dan keikhlasan beliau menjadi contoh teladan kepada ramai pengikut tentang pentingnya menghargai setiap insan tanpa mengira latar belakang.

@touchlena Peminat Istimewa @Siti Nurhaliza di Singapore Expo yg sgt comel dan bertuah dpt kiss Tokti 😘 #fypシ #fyp #datositinurhaliza #love #peminat #istimewa #tiktoksg ♬ original sound – Merciful Servant

Baca juga: Baru Usia 17 Tahun, Iskandar Warid Berjaya Lanjut Pengajian Perubatan Di Universiti Terkemuka Rusia!

Sumber: Threads

Sumber asal video: TikTok @lena_lynn

FT Image: TikTok @lena_lynn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×