Euforia Bola 2026
Sihat

Setiap Malam Kentut Macam ‘Melepas Bom’, Ingatkan Normal Rupanya Badan Cuba Beri Amaran!

kerap kentut

Ramai yang menganggap kerap kentut pada waktu malam adalah perkara biasa, malah ada yang bergurau mengatakan inilah ‘tanda badan tengah rehat’.

Tapi tunggu sekejap…jika aktiviti kentut ini berlaku setiap malam dan berulang kali, itu sebenarnya boleh memberi petunjuk penting tentang apa yang sedang berlaku dalam sistem pencernaan anda. Alamak!

Baca juga: Bahaya Tersembunyi, NPRA Dedah Lebih 200 Produk INI Ada Kapur Barus, Jadi Punca Anak Kerap Sawan!

KENAPA KERAP KENTUT PADA WAKTU MALAM? BAGUS ATAU TIDAK?

kerap kentut

Foto hiasan.

Kentut terhasil apabila bakteria dalam usus memecahkan makanan yang tidak dicerna sepenuhnya. Proses ini berlaku sepanjang hari, tetapi jika aktiviti bakteria meningkat pada waktu malam, itu menandakan usus anda bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Ini sebabnya:

1. Makan Terlalu Dekat Dengan Waktu Tidur

Ini adalah punca paling lazim. Jika anda makan dan terus baring, makanan yang belum dicerna sepenuhnya akan masuk ke usus besar. Di sinilah bakteria mula bekerja keras untuk memprosesnya sekali gus menghasilkan lebih banyak gas.

Hasilnya? Kentut lebih kerap dan lebih banyak pada waktu malam.

2. Minuman Manis & Susu Sebelum Tidur

Ramai tak sedar segelas susu, teh ais atau minuman manis sebelum tidur boleh menyebabkan perut kembung. Minuman manis dan produk tenusu sangat mudah ditapai oleh bakteria, menyebabkan penghasilan gas meningkat secara mendadak.

Sebab itu anda mungkin bangun tidur dengan perut tak selesa atau sering terjaga kerana rasa “angin”.

3. Tekanan (Stress) Sepanjang Hari

Usus mempunyai hubungan rapat dengan hormon stres. Apabila anda stres, pergerakan usus menjadi perlahan tetapi bila badan mula rileks pada waktu malam, usus mengejar semula proses pencernaan yang tertangguh lalu menghasilkan lebih banyak gas.

Bila Perlu Beri Perhatian Serius?

Kentut adalah normal, tetapi jika ia berbau sangat kuat, berlaku hampir setiap malam, dan disertai:

  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Kembung teruk
  • Rasa tidak selesa selepas makan

…itu mungkin tanda ketidakseimbangan bakteria usus, intoleransi makanan, atau sensitiviti terhadap laktosa.

kerap kentut

Foto hiasan.

Ringkasnya, kentut pada waktu malam bukan semata-mata kerana badan berehat. Ini adalah signal tubuh bahawa cara anda makan dan waktu anda tidur mungkin tidak serasi dengan cara usus bekerja. Tubuh kita tidak pernah berhenti berfungsi dan sentiasa memberi tanda, cuma kita yang perlu lebih peka.

Baca juga: “Rupanya Aku Autistik”- Wanita Kongsi Perjalanan Disahkan Autism Dewasa Yang Tak Nampak Pada Luaran

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×