Euforia Bola 2026
Sihat

Sakit Perut Tak Henti Sampai Cirit Lebih 10 Kali, Ternyata Ada ‘Lubang’ Besar Dekat Usus!

RADANG USUS

Pengalaman berdepan radang usus bukan sesuatu yang mudah. Itulah yang dikongsikan oleh Fazilah Rahman apabila dia menceritakan detik getir mengalami sakit perut teruk akibat keradangan usus besar hingga terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di hospital.

Kisahnya bukan sekadar tentang kesakitan fizikal, tetapi juga peringatan agar orang ramai tidak memandang ringan soal pemakanan dan kesihatan diri.

Baca juga: Arab Saudi Larang Beri Makan Burung Merpati Di Mekah & Madinah, Denda 1,000 Riyal Dikenakan

ALAMI RADANG USUS TERUK, INI PENGALAMAN SEBENAR

RADANG USUS

Segalanya bermula pada 17 Oktober 2025, jam 3.30 pagi. apabila Fazilah tersedar daripada tidur akibat sakit perut yang amat kuat disertai rasa memulas. Dia menggambarkan malam itu sebagai sangat tidak selesa dan hampir tidak mampu tidur langsung.

Bimbang keadaan akan berlarutan, dia mengambil ubat tahan sakit dengan harapan dapat mengurangkan kesakitan kerana perlu bekerja keesokan harinya. Namun keadaan bertambah teruk apabila mengalami cirit-birit lebih 10 kali.

“Mustahil sebab salah makan, sebab saya seorang je yang kena. Lagipun masa cuti memang tak makan luar,” jelasnya.

Pada 18 Oktober 2025, Fazilah cuba untuk bangun dan ke tempat kerja, namun tubuhnya tidak mengizinkan. Dia akhirnya membuat keputusan ke Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana rekod rawatannya sudah ada di sana.

Menurut doktor yang memeriksa, kesakitan yang dialaminya berpunca daripada keradangan usus yang lama dan berdasarkan rekod perubatannya, usus besarnya mempunyai kesan luka dan lubang kecil.

“Doktor cakap memang sebab radang tu. Jadi doktor bagi ubat pantoprazole. Untuk cirit-birit, doktor tak bagi ubat untuk hentikan sebab takut najis berkumpul dan menyebabkan jangkitan,” tulisnya.

RADANG USUS

Namun keadaan masih sama. Walaupun cuba bekerja, kesakitan dan cirit-birit berulang menyebabkan dia terpaksa ke klinik kesihatan.

“Sampai sana, doktor marah sebab dah lima hari baru datang. Saya explain dah pergi PPUM. Doktor bagi ubat untuk stop cirit dan MC sehari, tapi pesan kalau esok tak ok, pergi PPUM semula.

“Doktor cakap akan ambil masa sekurang-kurangnya enam minggu untuk pulih sepenuhnya. Lama kan… tapi nak buat macam mana, kena sabar.” ujarnya.

Di akhir perkongsian, Fazilah menitipkan pesanan kepada orang ramai agar lebih peka terhadap kesihatan diri, khususnya bagi mereka yang ada masalah gastrik atau usus sensitif.

“Korang jagalah kesihatan. Jangan skip makan. Kalau ada gastrik, tolong jaga makan dan jaga pantang. Sayangi diri korang,” pesannya.

Baca juga: Orang Kata 7 Pokok Bunga Ini Ada ‘Penunggu’, Tapi Ramai Yang Guna Untuk Deko!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×