Daun ketumbar mungkin kelihatan seperti bahan masakan biasa, tetapi di sebalik aromanya yang kuat, tersembunyi pelbagai rahsia menarik tentang tumbuhan kecil ini. Dari menjadi penyedap rasa dalam tomyam, hinggalah khasiat daun ketumbar sebagai penenang semula jadi untuk otak!
Lebih mengejutkan, kira-kira 10% manusia di dunia merasakan daun ketumbar seperti sabun, dan fenomena pelik ini ada penjelasan sainsnya sendiri.
Baca juga: ‘Senyuman Menyeramkan’ Dalam Masjid, Pesakit Skizofrenia Tunjuk POV Bagaimana Halusinasi Berlaku
Khasiat Daun Ketumbar Ada Kompaun Untuk Menenangkan Sel Otak, Bagus Untuk Anti-Anxiety – PAKAR

Foto: freepik
Baru-baru ini, Pakar Kesihatan Mental merangkap Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli, berkongsi satu fakta menarik mengenai daun ketumbar. Menerusi video di TikTok, beliau menjelaskan bahawa kira-kira 10% manusia di seluruh dunia merasai daun ketumbar seperti sabun.
Menurutnya, daun ketumbar mengandungi kompaun semula jadi yang berfungsi menenangkan sel otak, khususnya dengan mengurangkan aktiviti neuron yang terlalu aktif.
“Kompaun dalam daun ketumbar ini bantu menenangkan sel otak dengan mengurangkan ‘over excited neuron’. Secara teori, ia mungkin ada sifat anti-keresahan semula jadi yang membantu meredakan otak yang terlalu aktif,” katanya.
Walaupun mempunyai manfaat, individu yang tergolong dalam kumpulan 10% ini mungkin kurang menggemari rasa daun ketumbar, menjadikan ia cabaran untuk menikmatinya dalam masakan.
Ruangan komen di video tersebut turut dipenuhi pelbagai reaksi. Ada yang menganggap daun ketumbar sangat wangi dan menyedapkan makanan, namun tidak kurang juga yang merasakan ‘tak boleh masuk’ tekak.
Malah ramai mengaku bahawa mereka termasuk dalam kelompok 10% manusia yang merasai ‘daun ketumbar seperti sabun’.
“Mula-mula belajar makan ketumbar rasa macam kumbang”
“Patutlah nak makan tomyam setiap kali stres”
“Aku anti daun ketumbar, serius. Rasa dia macam ada satu ulat tu”
9 Manfaat Daun Ketumbar Untuk Kesihatan

Foto: freepik
Menurut laporan Hello Doktor, daun ketumbar bukan sekadar penyedap rasa — ia kaya dengan nutrisi dan khasiat. Antara manfaat utamanya termasuk:
1. Mengurangkan keradangan kulit
Cineole dan asid linoleat dalam ketumbar membantu menenangkan kulit yang meradang.
2. Merawat gangguan kulit
Sifat antiseptik, antikulat dan antioksidan menjadikannya sesuai untuk masalah ekzema, kulit kering dan jangkitan kulat.
3. Menurunkan kolesterol
Asid linoleik, oleik, palmitik, stearik dan vitamin C membantu menurunkan kolesterol jahat sambil meningkatkan HDL.
4. Melegakan cirit-birit
Kandungan borneol dan linalool membantu memperbaiki sistem pencernaan serta fungsi hati.
5. Mengawal tekanan darah
Daun ketumbar membantu menstabilkan tekanan darah melalui kompaun aktifnya.
6. Melawan bakteria Salmonella
Ia mempunyai tahap dodecenal yang tinggi, bersifat antimikrob yang kuat.
7. Menyokong sistem pencernaan
Merangsang pengeluaran enzim dan jus pencernaan dalam perut.
8. Membantu merawat cacar
Kaya dengan vitamin C dan zat besi yang menguatkan sistem imun.
9. Membasmi kuman
Sifat antimikroba membantu mencegah penyakit berjangkit seperti konjunktivitis.
*Jadi, jom makan daun ketumbar banyak-banyak!
@amirul.ramli♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth
Baca juga: Pil Perancang Lelaki Pertama Dunia Sudah Lulus Tahap Percubaan, Katanya Boleh ‘Rehatkan’ Sperma?
Sumber: Hello Doktor, Tiktok @amirul.ramli
