Euforia Bola 2026
Famili

Bangunan Sekolah PASTI Terbakar, Seramai 50 Orang Murid & Guru Berjaya Diselamatkan

SEKOLAH PASTI TERBAKAR

Insiden sekolah PASTI terbakar di Chukai pada Ahad mencetuskan suasana cemas apabila puluhan murid dan guru terpaksa menyelamatkan diri sebaik api marak di bangunan pusat asuhan tersebut.

Menurut guru PASTI Raudhatul Athfal, Nur Amyrah Salihah Mohd Yusoff, seramai 46 murid berusia antara empat hingga enam tahun sedang menikmati sarapan selepas menamatkan sesi mengaji dan solat ketika insiden berlaku.

Baca juga: Bapa Terjatuh Dalam Longkang Ketika Bertugas, “Walau Tengah Sakit, Wajah Pak Cik Tetap Tenang…”

SEKOLAH PASTI TERBAKAR, SERAMAI 50 MURID TERSELAMAT

SEKOLAH PASTI TERBAKAR

Dia memaklumkan bahawa insiden kebakaran di bangunan setingkat itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

“Ketika kejadian dalam jam 10 pagi saya berada di bahagian dapur. Ada penduduk yang kebetulan lalu di kawasan ini memberitahu ruang atas bangunan yang menempatkan empat kelas ada asap tebal.

“Saya dan tiga lagi guru terus bergegas membawa murid-murid keluar dari bangunan, kemudian kami lihat api menjulang tinggi dan menyambar seluruh ruangan bahagian atas sebelum merebak ke bahagian lain,” jelasnya.

Nur Amyrah Salihah menambah, mereka bersyukur kerana tiada sesi pembelajaran berlangsung di bahagian bangunan yang terjejas.

“Habis semua buku dan perabot hangus terbakar. Buat masa ini kami terpaksa bercuti buat sementara waktu,” ujarnya.

SEKOLAH PASTI TERBAKAR

Sementara itu, Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Saariah Hassan berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.09 pagi dan seramai 18 anggota dari Balai Bomba Kemaman dan Chukai dikerahkan ke lokasi.

Beliau menjelaskan, kebakaran membabitkan struktur bangunan setingkat separa kekal dengan anggaran kemusnahan sekitar 70 peratus.

“Ketika kami tiba semua penghuni dalam premis itu telah berjaya keluar dengan selamat dan api sedang marak. Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal api daripada merebak,” katanya.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Baca juga: Air Beroksigen Tinggi TAK Boleh Rawat Batuk & Paru-Paru, Jangan Mudah Percaya Benda Viral

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×