Euforia Bola 2026
Rakyat

Kerajaan Umum Harga Petrol Terkini RON97 RM3.25, RON95 RM2.65 Seliter Mulai 13 Hingga 19 November!

harga runcit petrol

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan terkini memaklumkan, harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara masing-masing ditetapkan pada paras RM3.25 seliter dan RM2.65 seliter bagi tempoh 13 hingga 19 Nov ini.

Menurut kenyataan itu, harga runcit bahan api itu ditetapkan seiring dengan peningkatan harga minyak dunia.

Baca juga: [TERKINI] JAKIM Tegaskan ‘Muslim Choice’ Tak Diiktiraf Sebagai Penanda Halal!

HARGA RUNCIT PETROL TERKINI BAGI RON97, RON95 & DIESEL

harga runcit petrol

Gambar hiasan Google.

Selain itu, harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pula kekal pada paras RM1.99 seliter.

Sementara, harga runcit diesel di Semenanjung ditetapkan pada RM3.07 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

“Penetapan harga berkenaan dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM),” menurut kenyataan itu.harga

MOF memaklumkan kerajaan akan terus meneliti dan menyelaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.

Selain itu, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Baca juga: Ini 14 Kawasan ‘Hotspot’ Gempa Bumi Di Malaysia Yang Dikenal Pasti, Pemaju Perlu Beri Perhatian!

Sumber: Kementerian Kewangan

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×