Bermula 30 September ini, rakyat Malaysia boleh menikmati pengalaman lebih mudah dan telus dalam mendapatkan subsidi petrol RON95 menerusi pelancaran portal BUDI Madani serta kemudahan baharu melalui aplikasi TNG eWallet.
Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelancaran portal www.budimadani.gov.my bermula Khamis, 25 September, jam 9 pagi bagi memudahkan rakyat Malaysia menyemak kelayakan subsidi petrol RON95 serta baki penggunaan bulanan mereka.
SERONOK DAPAT SUBSIDI PETROL RON95, INI CARA GUNA PALING MUDAH MENERUSI TNG eWALLET

Menurut MOF, kerajaan memperuntukkan sekitar RM11 bilion bagi menampung perbezaan harga antara RM1.99 seliter (bersubsidi) dengan harga pasaran sebenar sekitar RM2.60 seliter.
Harga subsidi RM1.99 ini boleh dinikmati semua rakyat Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan, dengan syarat mempunyai MyKad aktif dan lesen memandu sah.
Bagi pengguna yang tidak mahu membawa MyKad setiap kali mengisi minyak, Touch ‘n Go (TNG) eWallet memperkenalkan BUDI95 mini-app, iaitu kaedah pembelian petrol RON95 menggunakan satu kod QR sahaja. Aplikasi ini boleh digunakan di semua stesen minyak seluruh Malaysia. Berikut langkahnya:
1. Buka aplikasi TNG eWallet dan pilih ikon BUDI95 pada skrin utama (atau cari di bahagian “More”).
2. Tekan “Buy Fuel”.
3. Pilih stesen minyak (atau aktifkan lokasi untuk pengesanan automatik).
4. Masukkan nombor pam dan jumlah petrol yang ingin dibeli.
5. Sahkan pesanan dan buat bayaran dalam aplikasi.
6. Kod QR akan dipaparkan – tunjukkan di kaunter untuk pengesahan.
7. Isikan petrol RON95 di pam yang dipilih.
*Nota penting: Kod QR hanya sah selama 10 minit. Jika memilih jumlah lebih besar daripada jumlah minyak yang dipam (contohnya pilih RM100 tetapi tangki penuh pada RM80), baki lebihan akan dipulangkan semula ke akaun eWallet secara automatik.
Tiada Had Isi Minyak Sehari

Foto: freepik
Selepas berlaku sedikit kecelaruan antara pihak atasan dan orang ramai, MOF turut mengesahkan bahawa rakyat boleh mengisi minyak RON95 yang bersubsidi lebih daripada sekali sehari tanpa sebarang sekatan atau had.
Selain itu, pemandu e-hailing juga boleh memohon tambahan kuota subsidi melalui portal yang sama. Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan 1300-88-9595 yang turut beroperasi mulai 9 pagi hari yang sama.
Jangan lupa, anda juga boleh menggunakan aplikasi stesen minyak yang digemari juga untuk BUDI95 ini seperti Petronas – Setel, Shell – Shell App, Caltex – CaltexGo, Petron – Petron Miles atau BHP – BHPetrol eCard.
Baca juga: Rupanya Fungsi Touch N Go Pada MyKad Anda Ada Tarikh Luput, Ini Cara Untuk ‘Renew’
Sumber: Sinar Harian, TNG
