Euforia Bola 2026
Rakyat

Warga Indonesia Cemburu Tapi Puji Malaysia Turunkan Harga RON95, “Pemimpin Mereka Betul-Betul Fikir Rakyat”

warga indonesia

Warga Indonesia rata-ratanya melahirkan rasa kagum, malah ada yang cemburu, apabila Malaysia mengumumkan harga baharu petrol RON95 turun kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan keputusan ini bakal memberi manfaat kepada lebih 16 juta rakyat Malaysia. Setiap individu diberikan had pembelian 300 liter sebulan, manakala pemandu e-hailing boleh memohon kuota tambahan.

Baca juga: “Saya Hanya Lepas Pandang Sekejap…” Ibu Cerita Saat Cemas Anak Hampir Dilarikan Di Plaza Padang Besar

WARGA INDONESIA KAGUM & CEMBURU HARGA RON95 MALAYSIA DITURUNKAN

warga indonesia

Portal berita Indonesia, Kumparan menyiarkan berita mengenai kerajaan Malaysia menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025.

Menurut laporan portal berita Kumparan dari republik seberang, harga baharu itu bersamaan sekitar Rp7,880 seliter berdasarkan kadar tukaran Rp3,960 untuk RM1. Warga asing pula dikenakan kadar lebih tinggi iaitu RM2.60 seliter atau bersamaan kira-kira Rp10,296.

Langkah Malaysia ini dilihat sebahagian daripada strategi kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar, sekali gus mengurangkan defisit fiskal tanpa membebankan rakyat.

Di platform X, seorang pengguna dengan nama Parewa@jakesvarna menulis, walaupun harga diturunkan, kerajaan Malaysia masih mampu menjana keuntungan. Dia membandingkan situasi itu dengan Indonesia yang menurutnya sejak era Soeharto lagi, harga minyak kekal membebankan rakyat.

Sementara itu, AF@Eddoy memuji Malaysia kerana harga minyak di negara ini lebih adil serta seragam di semua stesen, sama ada Petronas, Shell mahupun BP. Katanya, ini membuktikan syarikat asing juga boleh menjual pada harga rendah jika sistemnya dibenarkan.

Pengguna lain, Abah Anom@NorPujiansyah, menzahirkan kekaguman kerana Malaysia bukan negara pengeluar minyak utama tetapi masih boleh menjual petrol pada harga rendah. Baginya, hal ini menunjukkan pemimpin Malaysia benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bebas daripada rasuah.

Reaksi senada turut dikongsi Jürgenita Indonesia@Mr_WhiteCurry yang menyifatkan harga Ron95 sekitar Rp7,000 sangat murah, lebih-lebih lagi apabila ia dijual oleh Petronas yang merupakan penaja rasmi Formula Satu.

Baca juga: Penceramah Bebas Dihukum 15 Tahun Penjara & Sebatan, Akibat Perbuatan Rogol Mangsa 13 Tahun!

warga indonesia

Antara reaksi warga Indonesia di laman X.

Namun, ada juga pandangan sinis. Julie@apatheianism berpendapat langkah Malaysia menurunkan harga minyak seolah-olah satu sindiran terhadap pemerintah Indonesia.

Sementara itu, Noshinku@lomohero mengingatkan bahawa walaupun harga petrol lebih murah, rakyat Malaysia tetap terikat dengan had pembelian 300 liter sebulan demi memastikan sistem subsidi ini kekal adil dan terkawal.

Secara keseluruhannya, keputusan Malaysia menurunkan harga petrol bukan sahaja memberi kelegaan kepada rakyat, tetapi juga mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warga Indonesia yang kagum dengan keberanian kerajaan jiran menjaga kesejahteraan rakyatnya.

Baca juga: [VIDEO] Tular Pempengaruh Buat Majlis Akikah Seakan Istiadat Diraja, Kini Disiasat PDRM!

Sumber: X @kumparan / Sinar Harian

FT Image: Kosmo!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×