Euforia Bola 2026
Inspirasi

Pelajar OKU Dari Besut Harumkan Nama Malaysia, Menang 2 Pingat Emas Di Korea Selatan

pelajar orang kurang upaya

Seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Maarif Kampung Raja, Terengganu, berjaya mengharumkan nama negara selepas meraih dua pingat emas dalam pertandingan Global IT Challenge (GITC) for Youth with Disabilities 2025 yang berlangsung di Korea Selatan, baru-baru ini.

Baca juga: Dr Amalina Berjaya Raih PhD Dari Imperial College London, Umur 38 & Ibu Anak Dua Bukan Penghalang!

PELAJAR ORANG KURANG UPAYA HARUMKAN NAMA DI KOREA SELATAN

PELAJAR ORANG KURANG UPAYA

Pelajar berusia 14 tahun, Muhammad Thaqif Muhammad Zharif, yang mempunyai kecacatan pada bahagian kaki, tidak menyangka mampu menewaskan peserta lain termasuk pelajar universiti dari 16 negara dalam dua kategori iaitu E-Combination (Individu), cabaran penyelesaian tugasan menggunakan teknologi maklumat dan E-Content (Berkumpulan), penghasilan kandungan digital.

Menurutnya, dia bersama rakan sekolahnya, Nik Nurizazi Syafiah Nik Azmi, 15, yang merupakan pelajar cacat penglihatan, telah menjalani latihan intensif hampir dua minggu di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan, Pahang, sebelum berlepas ke Korea Selatan pada 27 Oktober lalu.

“Saya bersama-sama seorang lagi rakan sekolah, Nik Nurizazi Syafiah Nik Azmi, 15, yang mengalami masalah penglihatan, menjalani latihan insentif hampir dua minggu di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan, Pahang sebelum berlepas ke Korea Selatan pada 27 Oktober.

“Alhamdulillah, di sebalik kekurangan fizikal yang dialami, kami dapat membawa nama Malaysia dan Terengganu di pentas antarabangsa,” katanya.

Muhammad Thaqif mengakui berdepan cabaran besar apabila pihak penganjur mengubah format pertandingan pada saat akhir daripada tiga jam kepada dua jam selain larangan kehadiran guru pengiring di dewan pertandingan.

PELAJAR ORANG KURANG UPAYA

“Berdasarkan format asal, masa yang diberikan kepada setiap kumpulan untuk membuat persembahan adalah selama tiga jam, tetapi sebaik sahaja acara mahu bermula mereka beritahu tempohnya hanya dua jam dan semasa pertandingan semua guru pengiring tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

“Namun, syukur saya dan pasukan Malaysia yang lain tidak panik dan dapat menyelesaikan semua masalah dengan baik,” ujarnya.

Pelajar tingkatan dua itu turut menyatakan hasrat untuk kembali menyertai pertandingan sama pada tahun hadapan bagi mengharumkan lagi nama negara di pentas antarabangsa.

Pertandingan GITC 2025 merupakan acara bertaraf dunia yang memberi peluang kepada golongan OKU berusia 14 hingga 23 tahun mengasah dan menguji kemahiran mereka dalam bidang teknologi maklumat.

Baca juga: Siti Nurhaliza Kini Profesor Adjung FPP UiTM, Sedia Kongsi Ilmu & Pengalaman Dunia Seni

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×