Euforia Bola 2026
Famili

Bapa Sempat Rakam Tindakan Cikgu Rentap Kepala Anak OKU, “Mana Hati Budi Seorang Guru?”

rentap kepala

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang bapa di laman Facebook di mana mendakwa seorang guru bertindak rentap kepala murid.

Sebagai insan bergelar ayah kepada murid berkenaan, insiden ini pastinya menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap guru perempuan tersebut.

Baca juga: Ibu Zayn Rayyan Gagal Jawab Beberapa Soalan Termasuk Tentang Minat Anaknya Sendiri…

TULAR VIDEO CIKGU RENTAP KEPALA KEPALA MURID, AYAH KECEWA!

rentap kepala

Menerusi video berkenaan, bapa tersebut mendakwa anak lelakinya yang juga orang kurang upaya (OKU) telah dikasari guru wanita di sekolah.

Dapat dilihat menerusi video tular di media sosial itu, guru tersebut merentap kepala murid berkenaan ketika dia sedang menghampiri bilik darjah.

Kejadian cikgu rentap kepala murid ini sempat dirakam bapa mangsa yang sedang berada di dalam kereta, di luar pagar sekolah.

“Apa dosa anak syurga saya, awak buat macam ni sekali, cikgu? Awak memang hebat sangat ke cikgu? Anak OKU awak buat macam ni sekali. Semoga Allah balas apa yang awak buat dekat anak saya tadi pagi ya cikgu. Mana hati budi seorang cikgu?

“Dengan bangganya rentap kepala anak saya sambil main telefon. Tahniah! Anda memang cikgu yang hebat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kejadian ini dipercayai berlaku di salah sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Sebagai ibu bapa pastinya kecewa apabila kepercayaan yang diberikan kepada pihak pendidik seharusnya disertai dengan rasa tanggungjawab tanpa sebarang kekerasan.

Baca juga: Kembang Tekak Tengok Lauk Sahur Ada Ulat, Punah Harapan Nak Makan Ikan Cencaru!

Sumber: Facebook Farhan Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×