Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Nubhan Fail Tuntutan Hak Penjagaan Penuh Tiga Anak, Mahu Selesai Cara Baik Dengan Isteri

kes mahkamah nubhan

Perkembangan terbaharu kes mahkamah Nubhan Ahamad, penyanyi ini memfailkan tuntutan hak penjagaan penuh (hadanah) terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Mohd Redzuan Ramli, yang memaklumkan tuntutan berkenaan difailkan terhadap isteri Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Tawfek, pada September lalu.

Baca juga: “Tak Lagi Sebumbung Sejak Ogos” – Nubhan Didakwa Lafaz Cerai Terhadap Isteri, Netizen Terkejut!

KES MAHKAMAH NUBHAN & BEKAS ISTERI, FAIL TUNTUTAN HADANAH

kes mahkamah nubhan

“Hari ini merupakan sebutan pertama bagi kes tuntutan hadanah yang difailkan oleh anak guam saya. Nubhan membuat dua tuntutan iaitu hak penjagaan penuh secara mutlak dan interim. Butiran lanjut tidak dapat didedahkan kerana masih dalam kertas klausa,” kata peguam kepada pihak media.

Difahamkan, Nubhan tidak hadir ke mahkamah kerana terlibat dengan urusan kerja.

Menurut Peguam Mohd Redzuan, tuntutan tersebut turut melibatkan aspek penting seperti hak bermalam, lawatan semasa sambutan hari raya, urusan persekolahan, dan hal penjagaan harian anak-anak. Beliau turut menjelaskan bahawa peguam mewakili pihak defendan telah bersetuju untuk berbincang mencari jalan penyelesaian secara baik.

“Ketika ini, tiga anak mereka — Aafiya Kamilia (8 tahun), Ahmad Aaffan (6 tahun) dan Afzan Nayille (3 tahun) berada dalam jagaan ibu. Namun tiada halangan untuk Nubhan berjumpa dengan mereka,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kedua-dua pihak menunjukkan komitmen untuk menyelesaikan isu ini secara damai dan setakat ini tiada sebarang pertikaian serius. Tarikh sebutan mahkamah yang seterusnya adalah pada 26 November.

Kes berkenaan dijangka disebut semula pada 26 November depan, bagi merekodkan persetujuan hasil perbincangan antara kedua-dua pihak.

Sebelum ini, Nubhan juga pernah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada tahun 2017 dan pada 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

kes mahkamah nubhan

Baca juga: Periksa ‘Contact’ Suami Sekarang, 5 Panggilan Rahsia Ini Petanda Si Dia Terjebak Dunia Songsang!

Sumber: Mstar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×