Euforia Bola 2026
40 Minggu

Isteri Shah Iskandar Terpaksa Gugur Kandungan 16 Minggu, Bayi Hidap Sindrom Edwards “Anak Syurga, Jumpa Di Jannah”

shah iskandar

Pelakon Shah Iskandar berkongsi khabar duka di Instagram miliknya apabila memaklumkan bahawa isterinya, Siti Sarah Mohd Noor, terpaksa melalui proses pengguguran selepas bayi dalam kandungan disahkan menghidap Sindrom Edwards atau Trisomi 18.

Shah menjelaskan, kandungan isterinya kini berusia 16 minggu dan keputusan sukar itu terpaksa dibuat selepas menerima nasihat daripada pakar perubatan.

Baca juga: Ibu Bapa Arwah Bayi Al Fateh Dapat Zuriat Kembar 3, Sultan Pahang & Tengku Ampuan Pahang Zahir Ucapan Tahniah

ISTERI AKTOR SHAH ISKANDAR TERPAKSA GUGUR KANDUNGAN

shah iskandar

“Lapisan di belakang leher bayi menunjukkan ketebalan 4.8 sentimeter. Doktor menasihatkan agar proses kelahiran diinduksi lebih awal dan kandungan digugurkan kerana ia boleh mendatangkan risiko berbahaya kepada Sarah, memandangkan dia baru sahaja menjalani pembedahan Caesarean lapan bulan lalu,” tulisnya.

Menurut pelakon kelahiran Singapura itu, peluang bayi untuk hidup hanyalah sekitar lima peratus sahaja. Sekalipun lahir dengan ‘keajaiban’, jangka hayatnya dijangka tidak melebihi setahun dan memerlukan bantuan alat sokongan hayat bagi organ yang terjejas.

“Dengan hati yang amat berat, kami membuat keputusan untuk meneruskan pengguguran ini. Kami rasa terlalu kejam untuk biarkan bayi kami menanggung penderitaan hidup bergantung kepada mesin,” luahnya.

Baca juga: Kulit Hitam Tiba-Tiba Muncul Masa Hamil, Doktor Kongsi Punca & Cara Mommy Hadapinya Dengan Tenang

Pada masa yang sama, Shah turut berkongsi rasa pilu mengenangkan ujian yang menimpa keluarganya. Shah memohon doa daripada semua agar isterinya, Siti Sarah, dipermudahkan proses pengguguran dan diberi kekuatan.

“Sarah telah dimasukkan ke wad sejak malam tadi dan telah diinduksi kali kedua pada jam 5 petang. Mohon doakan keselamatan Sarah serta agar proses ini berjalan dengan lancar. Semoga anak perempuan syurga kami menyambut kami di jannah nanti, Insha Allah,” tulisnya lagi.

Pelakon Nora Elena itu turut menzahirkan ucapan penuh kasih buat anak ketiganya yang diberi nama Maryam Inara, menandakan rasa redha dan cinta yang kekal abadi.

“Al-Fatihah. Thank you @imsarahnorris for fighting it with all you’ve got. Maryam Inara, we are sorry. Me and mummy have tried all we can, but Allah has better plans for you. See you in Jannah sayang.”

Pemilik nama Shah Iskandar Mahfuz, 43, dan isterinya Siti Sarah Mohd Noor mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2016. Pasangan tersebut sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Yusuf Zulkarnaen dan Noah Arjuna.

Baca juga: 31 Tahun Dibekukan, Bayi Lelaki Hasil Embrio Akhirnya Hidup Di Dunia Nyata Pada Julai Lalu!

Sumber: Instagram @shahiskandarmahfuz

FT Image: Instagram @shahiskandarmahfuz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×