Euforia Bola 2026
Famili

12 Tahun Jaga Sekolah, ‘Pak Guard’ Terima 2000 Hadiah Di Hari Persaraan.. “Ramai Yang Sayang”

PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH

Seorang pengawal keselamatan sekolah, Wahab Deris, 64, tidak dapat menahan air mata apabila diraikan dengan begitu istimewa oleh warga Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 2, Kelantan, sempena majlis persaraannya, Jumaat lalu.

Warga sekolah yang terdiri daripada guru dan pelajar berganding bahu menjadikan hari terakhirnya di sekolah itu sebagai kenangan paling berharga sepanjang 12 tahun perkhidmatannya.

Baca juga: Ada 7 Tempat Pada Badan Manusia Jadi Kesukaan JIN, Boleh Kena Ganggu Jika Ambil Mudah!

PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH DAPAT 2000 HADIAH KETIKA MAJLIS BERSARA

PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH

Pengawal keselamatan sekolah itu turut menerima lebih 2,000 hadiah daripada warga sekolah sebagai tanda penghargaan atas jasa dan dedikasi yang dicurahkan selama ini.

Disebabkan jumlah hadiah yang diterima terlalu banyak, semuanya terpaksa diangkut menggunakan dua buah kereta untuk dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Gemang.

Namun bukan hadiah yang menjadikan Wahab terharu, sebaliknya sambutan luar biasa yang diatur khas untuk dirinya sehingga membuatkan dia berasa seperti seorang ‘raja sehari’.

Majlis persaraan itu dilengkapi dengan pelamin indah, bunga segar serta iringan lagu romantik, menjadikan suasana penuh emosi dan meriah. Wahab diraikan dengan duduk bersanding di atas pelamin bersama isteri tercinta, Zauwiyah Abdul Rani, 59, sesuatu yang tidak pernah mereka alami sejak berkahwin 43 tahun lalu.

PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH

“Alhamdulillah, terima kasih kepada guru besar, semua guru dan pelajar yang sudi meraikan saya sebegini meriah pada hari persaraan.

“Saya dan isteri juga sangat terharu apabila diraikan seperti pengantin baharu, malu pula apabila kena duduk bersanding di depan semua,” ujarnya.

Majlis penuh bermakna itu merupakan inisiatif Guru Besar SK Jeli 2, Salmiah Mat Nawi, yang mahu menghargai pengorbanan dan keikhlasan Wahab sepanjang tempoh perkhidmatannya menjaga keselamatan sekolah.

Menurutnya, sambutan seumpama itu biasanya hanya diadakan untuk guru yang bersara, namun kali ini mereka sepakat meraikan pengawal keselamatan yang dianggap sebahagian daripada keluarga sekolah.

Datuk kepada 10 cucu itu berkata, setiap senyuman, ucapan dan pelukan yang diterima pada hari tersebut adalah hadiah paling bermakna dalam hidupnya.

Baca juga: Rupanya Bentuk & Warna Kulit Telur Ayam Pun Ada Rahsia, Ini Cara Pilih Untuk Setiap Masakan!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×