Hasrat seorang ibu untuk menemani anak lelakinya melapor diri di Kementerian Pendidikan Kuantan bertukar menjadi detik pilu apabila ibu meninggal dunia mengejut di sebuah hotel di Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Mr Wan Chai Official, wanita berusia 64 tahun dikenali sebagai Jemilah binti Md. Nor dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika menginap bersama suami dan anak lelakinya.
Baca juga: Abang Disyaki Kelar Leher Adik Sendiri, Berang Sejuta ‘Point’ Mainan Roblox Hilang!
IBU MENINGGAL DUNIA MENGEJUT, TAK DAPAT TEMAN ANAK LAPOR DIRI

Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kematian Allahyarhamah berpunca daripada komplikasi penyakit darah tinggi yang dihidapi sebelum ini. Siasatan lanjut mendapati arwah memang mempunyai sejarah perubatan berkaitan penyakit berkenaan.
“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian Almarhumah disebabkan komplikasi akibat penyakit darah tinggi. Siasatan mendapati arwah sememangnya mempunyai sejarah perubatan berkaitan penyakit berkenaan.
“Memandangkan Almarhumah mempunyai rekod perubatan, pihak polis telah mengeluarkan permit kematian tanpa perlu menjalani proses bedah siasat,” jelasnya.
Difahamkan, anak lelaki Allahyarhamah menghubungi Team Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) Pahang bagi mendapatkan bantuan membawa pulang jenazah ibunya ke kampung halaman di Bentong. Pasukan UKVJ bersama keluarga dan orang ramai membantu menguruskan proses membawa turun jenazah dari bilik hotel.

“Alhamdulillah, jenazah Almarhumah selamat tiba di Masjid Chamang, Batu Satu, Bentong pada jam 3.30 petang tadi. Pengurusan seterusnya telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak masjid.
“Harapan seorang ibu untuk melihat anaknya menabur bakti sebagai kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah tidak sempat direalisasikan,” tulisnya di laman Facebook.
Kisah ini menyentuh hati ramai kerana susuk tubuh ibu tidak dapat menyaksikan kejayaan anaknya yang baru sahaja diterima sebagai kakitangan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Baca juga: Jangan Sesekali Dedahkan 5 Maklumat Ini Dekat ChatGPT, Risiko Kena Godam Tinggi!
Sumber: Facebook Mr Wan Chai Official
