Euforia Bola 2026
Sihat

Dua Kali Jumpa Doktor Sebab Batuk Tapi Ubat Tak Jalan, Cuba Petua Rosemary Ini Pulak Yang ‘Menjadi’!

legakan batuk

Siapa sangka bahan dapur yang selalu kita gunakan untuk masak boleh jadi ‘ubat’ semula jadi yang mujarab untuk legakan batuk?

Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila dua kali berjumpa doktor namun batuknya masih belum sembuh. Akhirnya, kakaknya berkongsi satu petua yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Rizal, dan hasilnya memang berkesan!

Baca juga: Makan Ubat Tak ‘Jalan’, Bapa Ini Kongsi Cara Buat Pes Bawang Putih + Herba Untuk Sapu Di Badan

CARA LEGAKAN BATUK GUNA DAUN ROSEMARY, 2 KALI MINUM DAH LEGA!

Menurut perkongsian tersebut, bahan-bahan yang digunakan sangat mudah didapati di rumah — rosemary, bawang merah, bawang putih dan madu. Berikut cara penyediaannya:

legakan batuk

Bahan-bahan:

– Rosemary (boleh beli di pasar raya seperti Hero Market)

– Bawang merah

– Bawang putih

– Madu asli

Cara Penyediaan:

1. Potong bawang merah dan bawang putih kepada hirisan kecil.

2. Masukkan ke dalam bekas kaca bersama rosemary.

3. Tuangkan madu hingga menutupi semua bahan.

4. Rendam campuran itu selama 2-3 hari sebelum digunakan.

Selepas dua kali mencuba petua ini, batuk yang berlarutan akhirnya lega dan berkurangan dengan ketara. Memang patutlah ramai yang mula menjadikan campuran ini sebagai ‘must-have’ di rumah!

Kenapa Petua Ini Dikatakan Berkesan?

legakan batuk

Bawang merah dan bawang putih mengandungi sifat antibakteria dan antivirus semula jadi. Manakala, Rosemary pula membantu melegakan saluran pernafasan dan mengurangkan radang tekak.

Madu berfungsi sebagai penenang batuk semula jadi yang menyaluti tekak dan mengurangkan rasa perit. Oleh itu, gabungan ketiga-tiga bahan ini bukan sahaja semula jadi, tetapi juga mudah dan selamat diamalkan untuk membantu mengurangkan simptom batuk ringan.

*Walaupun petua ini membantu ramai orang, jika batuk berlanjutan lebih seminggu atau disertai simptom seperti demam tinggi dan sesak nafas, segeralah berjumpa doktor. Ingat, petua semula jadi seperti ini sesuai sebagai rawatan sokongan, bukan pengganti rawatan perubatan.

Baca juga: DIY ‘Baby Balsam’ Versi Sihat Untuk Bayi Yang Kerap Batuk & Selesema, Campur 2 Bahan Je!

Sumber: Marhaini Yusoff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×