Cuaca sekarang memang sukar dijangka…sekejap panas terik, sekejap hujan lebat. Keadaan suhu yang berubah-ubah inilah yang membuatkan ramai rakyat Malaysia mudah kena batuk, tekak perit dan tak selesa.
Sebenarnya, batuk adalah tindak balas semula jadi badan untuk ‘membersihkan’ saluran pernafasan daripada bendasing, habuk dan kuman. Namun bila batuk berlarutan, ditambah pula kahak yang susah keluar, memang boleh buat sesiapa pun rasa terganggu.
Baca juga: Mak Mak Boleh Belajar Teknik Urutan INI Untuk Rawat Batuk & Selesema Anak, Senang Je!
Lelaki ini kongsi petua ringkas legakan batuk & tekak perit

Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Baba Tima berkongsi satu petua mudah melalui video di TikTok. Katanya, cara ini membantu melegakan batuk, rasa gatal pada tekak serta mengurangkan masalah kahak dan yang menariknya, bahan pun tak banyak!
Petua ini hanya menggunakan bahan asas yang ada di dapur sahaja:
- Botol kosong
- Straw
- Bunga cengkih
- Bawang putih
- Garam
- Air panas
1. Cara buat ‘botol straw’
- Tebuk satu lubang kecil pada bahagian tepi botol.
- Masukkan straw melalui lubang tersebut.
- Pastikan lubang tidak terlalu besar dan straw berada dalam posisi sedikit senget.
2. Sediakan bahan rebusan
1. Ambil segenggam bunga cengkih (lebih kurang 10 gram) dan tumbuk kasar.
2. Tumbuk dua ulas bawang putih.
3. Masukkan kedua-dua bahan ke dalam bekas.
4. Tambah satu sudu garam bukit atau garam biasa.
5. Tuang air panas dan biarkan 10–15 minit sehingga air berubah warna dan mengeluarkan aroma herba.
6. Apabila bahan sudah direndam secukupnya, masukkan campuran itu ke dalam botol yang telah disediakan tadi.
Cara guna:

Hanya sedut wap panas daripada penutup botol menggunakan mulut. Wap daripada campuran herba ini membantu membuka saluran pernafasan, melegakan tekak dan mengurangkan rasa kahak berkumpul.
Menurut Baba Tima, campuran ini hanya bertahan sehingga enam jam sahaja. Selepas itu, buang dan buat yang baharu jika perlu.
@xtra_my Seorang lelaki di TikTok berkongsi petua mudah hilangkan batuk dan kahak. Hanya perlukan botol kosong, straw, bunga cengkih, bawang putih, garam dan air panas. Menurutnya, cara ni mujarab dan boleh cuba sendiri di rumah. #fyp #xtra #lelaki #tips #batuk ♬ original sound – XTRA
Baca juga: Anak Menangis & Menjerit Pada Waktu Malam, Mak Ayah Boleh Hembus Doa Ini Di Ubun
Sumber: Tiktok @babatima1
