Euforia Bola 2026
Famili

Makin Canggih! Ini Cara Tukar Kad OKU Baharu Yang Kini Boleh Diimbas Guna Kod QR

cara mohon kad oku

Usaha terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperkenalkan Kad OKU versi baharu dengan ciri Kod QR membuktikan langkah negara Malaysia ke arah sistem yang lebih moden, efisien dan mesra pengguna. Lantas, ramai yang tertanya apakah cara mohon kad OKU versi baharu ini.

Penting untuk ambil tahu kerana kad OKU bukan sekadar sehelai plastik, ia adalah simbol pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap individu OKU di Malaysia.

Baca juga: Mak Ayah Ada Anak OKU Layak Mohon Road Tax Percuma, Ini Caranya

CARA MOHON KAD OKU VERSI BAHARU, SIAP ADA KOD QR

cara tukar kad oku

Untuk pengtahuan anda, melalui pendaftaran ini, pihak berkuasa dapat mengenal pasti bilangan, kategori dan taburan OKU di seluruh negara, sekali gus memudahkan perancangan program, latihan serta kemudahan khas yang disediakan untuk mereka.

JKM menggalakkan semua pemegang kad lama untuk menukar kepada versi baharu yang dilengkapi Kod QR, bagi menikmati kemudahan pengesahan identiti dengan lebih cepat dan selamat.

Penukaran boleh dilakukan dengan dua cara:

  1. Secara fizikal: Hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) bersama kad lama.
  2. Secara dalam talian: Mohon melalui sistem SMOKU di https://oku.jkm.gov.my

Namun, pemohon tetap perlu hadir ke pejabat kebajikan terdekat untuk menyerahkan dokumen lengkap bagi proses pengesahan akhir.

Dokumen yang diperlukan:

  • Salinan MyKad/MyKid/Sijil Lahir
  • Kad OKU lama
  • Gambar pasport berlatar belakang biru (jika ingin menukar gambar baharu)
  • Borang BPPOKU (Pindaan 2/2019) – hanya untuk pemegang kad lama sebelum tahun 2011 atau mereka yang belum mempunyai subkategori OKU yang sah.

Berita baiknya, tiada keperluan untuk pengesahan semula doktor kecuali bagi kes tertentu seperti perubahan kategori OKU atau kad lama yang didaftarkan sebelum 2011.

Ciri menarik kad OKU versi baharu:

  • Kad baharu ini hadir dengan reka bentuk moden dan praktikal
  • Kod QR unik yang boleh diimbas untuk pengesahan pendaftaran.
  • Ciri keselamatan ditambah baik bagi mengelakkan penyalahgunaan.
  • Kemudahan urusan rasmi di jabatan kerajaan dan agensi berkaitan.

JKM turut memaklumkan bahawa tiada had masa ditetapkan untuk proses penukaran, dan pemegang kad boleh memohon pada bila-bila masa yang sesuai.

cara mohon kad oku

Foto: Harian Metro

Kesimpulannya, langkah menaik taraf Kad OKU ini bukan sahaja memperkukuh sistem pengurusan data OKU negara, malah memberi kemudahan dan maruah kepada golongan ini untuk menjalani urusan harian dengan lebih mudah dan selamat — seiring visi Malaysia sebagai negara inklusif dan prihatin.

Baca penuh: “Jangan Malu Jadi Diri Sendiri”- CGPA 4.0, Dua Ijazah & Bekerja Di Tiga Sektor, Wanita OKU Ini Jadi Inspirasi!

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×